Nuffnang Ads

15 Mac 2010

TANiaH.....

LONDON: Datuk Lee Chong Wei muncul juara perseorangan lelaki Seluruh England sebentar tadi selepas menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-19, 21-19.

taniah diucapkan...hope kekalkan kejuaran...

teKa-teKi

1. Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman ?
2. Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak ?
3. Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki. Siapakah saya ?
4. Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati' ?
5. Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila ?
6. Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson ?
7. Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya ?
8. Ape persamaan kain jemuran ngan telefon ?
9. Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang ?
10. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
11. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai ?
12. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik ?
13. Ahmad bin Abu, kambing bin apa ?
14. Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung ?
15. Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi ?
16. Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
17. Scorpion kaler apa ?
18. Ada sorang imam, tengah sembahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia. BATAL TAK AIR SEMBAHYANG IMAM TU ?

Jawapan

1. LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik
2. Pintu yang ade tulis 'TARIK'
3. Pembohong
4. Usus
5. Sebab lelaki ni kan 'buaya'
6. Dua-dua tak kenal korang :D
7. Tahi hidung
8. Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat
9. Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa. Gile ape...
10. Masukkan benang dalam jarum
11. Bas sekolah. The only bas pegi sekolah
12. Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
13. Kambing BINatang
14. Seluar dalam ler... hahaha
15. Kuih lepat liat sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit
16. Lilin masa sambut EPI BESDAY
17. Kala jengking lah...
18. Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri


PengEtahUan Am


  1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

  2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

  3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

  4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

  5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

  6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

  7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

  8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

  9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

  10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

  11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

  12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

  13.  Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.