Nuffnang Ads

22 Julai 2010

Kancil Drift!!!





VIDEO: Sebuah kereta Perodua Kancil melakukan drift dan terlibat dalam kemalangan. Semasa sedang membuat drift, kereta Perodua Kancil itu terbalik dan bergeser di permukaan jalan bertar sejauh beberapa meter.

Orang ramai berpusu-pusu mengerumuni kereta Perodua Kancil yang mengalami kemalangan itu dan menolak kereta Perodua Kancil itu supaya kembali ke kedudukan asalnya. Pemandu kereta Perodua Kancil itu terselamat kerana memakai topi keledar keselamatan.

Sebaik-baik sahaja pemandu Perodua Kancil itu dipapah keluar, dia pun cuba berjalan sendiri dan mendapat tepukan dan sorakan daripada para penonton.

1 Daerah 1 Bas 1 Africa



Save minyak..tak perlu menunggu kurang kesesakan klu negara kita amalkan mcm nie..huhuhu

Artis:Pakaian Yang sama



Artis dengan pakaian Yang sama...huhuhu










Makan Setiap 15 Minit Tapi Masih Kurus Keding



 AUSTIN – Seorang gadis yang menjadi pelajar sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS), Lizzie Velasquez makan 60 kali sehari tetapi memiliki berat badan seperti kanak-kanak berusia lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Velasquez menghidap penyakit Sindrom Neonatal Progeroid (NPS), menyebabkan dia cepat tua, hilang lemak dan tisu badan.Untuk kekal bertenaga, pelajar perempuan berusia 21 tahun itu makan setiap 15 minit dalam sehari dengan pengambilan tenaga bersamaan 5,000 hingga 8,000 kalori tetapi berat badannya tidak pernah melebihi 27.4 kilogram.“Saya selalu menimbang berat saya dan saya akan teruja jika berat saya bertambah walaupun cuma 0.4 kilogram,” kata Lizzie yang memiliki ketinggian 157.5 sentimeter.

“Saya makan sedikit kerepek, gula-gula, coklat, piza, kek, donut, ais krim, mi dan kuih sepanjang hari dan saya sedih apabila orang mendakwa saya kurus kerana menghidap aneroksia,” tambahnya.
Lizzie dilahirkan empat minggu pramatang dengan berat cuma 1.1 kilogram dan kesihatannya sering terganggu.-