Nuffnang Ads

14 Jun 2011

CyberSecurity Sahkan Wujud Ancaman Godam Laman Web Kerajaan


Pemantau keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia mengesahkan wujudnya ancaman sekumpulan penggodam untuk menyerang laman web kerajaan, www.malaysia.gov.my.
Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik melalui di http://i.imgur.com/PTFWh.png itu bukan palsu dan CyberSecurity telah bersiap sedia berdepan tindakan penggodam terbabit secara serius.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri menegaskan, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memaklumkan kepada semua pihak berkaitan dan agensi kerajaan supaya bersiap sedia dengan ancaman tersebut.

Katanya, pihak terbabit akan mengeluarkan kenyataan media masing-masing berhubung perkara berkenaan.
"Semua ancaman siber akan ditangani secara serius kerana sifat-sifat persekitaran siber yang saling berkait rapat sejajar dengan namanya, 'world wide web' dan 'Internet'," katanya dalam emel kepada mStar Online di sini, Selasa.

Kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai 'Operasi Malaysia'.

Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweet memaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.

Sementara itu, kumpulan itu pada petang Selasa menjelaskan di laman web Pastebin, mereka merancang mahu berbuat demikian kerana mendakwa tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan di laman siber termasuk yang terkini melibatkan laman perkongsian fail seperti Pirate Bay.

Anonymous juga menuduh kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.

“Kami bimbang tindakan anda akan merampas terus kebebasan manusia, maka kami rasa bertanggungjawab untuk bertindak tanpa belas kasihan,” menurut kenyataan kumpulan itu.

Klik dibawah

Malaysia Bakal Diserang



Anonymous, sebuah pertubuhan “hacktivist” antara terbesar di dunia akan melancarkan serangan siber (hacking) ke atas laman web kerajaan Malaysia (http://www.malaysia.gov.my) pada 15 Jun 2011.
Menurut video dan maklumat yang diberikan oleh Anonymous di laman Twitter dan YouTube, tujuan mereka melancarkan serangan ke atas laman web kerajaan Malaysia adalah berikutan tindakan “censorship” dan “blocking” beberapa website seperti Wikileaks dan PirateBay.
Anonymous juga menegaskan bahawa pengguna Internet tidak perlu ditindas dan disekat oleh sesebuah Kerajaan. Dan perbuatan menghalang akses internet tanpa kerelaan pengguna adalah tidak patut kerana boleh dianggap mencabuli hak asasi manusia.


Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

Serangan daripada Anonymous akan dilakukan pada 15 Jun 2011. Di harap pihak kerajaan Malaysia mengambil serius perkara ini kerana Anonymous bukan calang-calang, mereka dikaitkan dengan banyak serangan siber ke atas Sony, Paypal, dan banyak website-website kerajaan.




Klik dibawah