Nuffnang Ads

13 Januari 2010

Friendster mengadakan kerjasama strategik dengan Yahoo! Southeast Asia.

Friendster yang dimiliki oleh MOL Global iaitu sebuah syarikat dari Malaysia dan Yahoo! Southeast Asia iaitu anak syarikat Yahoo! telah mengadakan kerjasama strategik di antara keduanya. Di dalam kerjasama tersebut, Friendster akan memperkenalkan beberapa fungsi atau perkhidmatan berdasarkan teknologi yang dimiliki oleh Yahoo! Southeast Asia dan sebaliknya. Antara perkara yang akan diperkenalkan ialah:

* Aplikasi Friendster untuk laman Yahoo! dan juga Yahoo! Toolbar – Melalui laman web Yahoo! dan Yahoo! Toolbar, para pengguna boleh menggunakan aplikasi daripada Friendster untuk melihat aktiviti rakan-rakan dan melakukan beberapa perkara lain. Perkhimatan ini sudah pun boleh digunakan di Indonesia, Singapura dan Filipina manakali di Malaysia pada awal 2010. Walaubagaimanapun, para pengguna Friendster boleh mengakses aplikasi berkenaan melalui pautan Yahoo!.
* Promosi perkhidmatan-perkhidmatan Yahoo! pada platform Friendster – Yahoo! akan menggunakan laman jaringan sosial Friendster bagi mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan mereka seperti Yahoo! Mail, Yahoo! Massenger dan perkhidmatan lain yang bakal diperkenalkan kelak.
* Enjin pencarian Friendster menggunakan platform Yahoo! – Friendster akan menggunakan Yahoo!’s Search Monkey daripada Yahoo! sebagai enjin tulang belakang kepada enjin pencarian terbaru mereka. Melalui perkhidmatan ini, para pengguna lebih mudah membuat pencarian maklumat daripada laman jaringan sosial tersebut dan hasilnya lebih tepat dan interaktif.
* Kemaskini status Friendster melalui akaun Yahoo! – Dengan menggunakan Yahoo! Updates API, para pengguna Friendster akan dapat mengemaskini status mereka dan status tersebut akan terus diperlihatkan di dalam perkhidmatan Yahoo! seperti Yahoo! massenger dan perkhidmatan yang lain.

Di sini

Tiada ulasan: