Nuffnang Ads

19 Mac 2010

Pijam online di pustakaan terus dihantar kerumah

Malaysia semakin canggih...mulai julai ini tak payah kita hendak ke perpustakaan lagi wat abis minyak jer,,kerana satu sistem secara online untuk meminjam  buku akan dibuat dan perpustakaan akan menhantar buku yang ingin kita pinjam melalu online akan dihantar kerumah kita dengan mengunakan pos..hebatkan,,jimat minyak,jimat masa dan memudahkan...


muhdamin88




KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melancarkan perpustakaan digital dikenali sebagai "UBIQUITOUS" pada Julai ini bagi membolehkan orang ramai meminjam buku secara dalam talian (online) tanpa perlu datang ke perpustakaan.
Buku yang dipinjam itu akan dihantar melalui Pos Malaysia.

"Hasrat ini adalah untuk mengubah pemahaman masyarakat, dengan memasarkan perkhidmatan ilmu pengetahuan, dan bukan sekadar membaca serta meminjam buku di perpustakaan," kata Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar ketika mengulas usaha perpustakaan digital pada pelancaran Community of Practice (CoP) ke-7 di PNM di sini, hari ini. Community of Practice adalah satu program inovasi komuniti perpustakaan untuk turun ke padang bagi memasarkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

"Sektor perpustakaan mesti mengambil tindakan proaktif untuk memperinci, mengkaji dan menganalisis segala isu terkini yang dihadapi oleh masyarakat serta melahirkan idea-idea berkonsep baru dan digital untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan bertaraf dunia," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Perpustakaan Digital, Nafisah Ahmad, berkata bagi memudahkan proses pemulangan buku, masyarakat boleh menghubungi Pos Malaysia untuk mengambil semula buku pinjaman tersebut di rumah mereka, dengan dikenakan sedikit bayaran, ataupun memulangkannya sendiri di beberapa Pejabat Pos. - Bernama



Tiada ulasan: