Nuffnang Ads

09 Jun 2010

Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 sudah membuka tirai

TUJUAN SUKAN MALAYSIA (SUKMA)
Sukan Malaysia atau dengan ringkasnya SUKMA adalah satu acara kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis-Majlis Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia.
SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA. Sukan Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.

OBJEKTIF SUKMA
Temasya Sukan Malaysia adalah merupakan sukan yang berprestij, yang mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara total dalam sukan yang dipertandingkan.
Untuk mempertingkatkan mutu sukan dan menggalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan di peringkat negeri dan daerah terutama dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan. Menggalakkan dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti Jurulatih, Pegawai-Pegawai Teknikal dan Pentadbir-Pentadbir Sukan.
Menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta membaikpulih kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan daerah. Menjadi asas pemilihan atlet-atlet bagi mewakili negara ke peringkat Antarabangsa di masa hadapan. Menjadikan sebagai usaha meningkatkan integrasi nasional di kalangan masyarakat Malaysia.

PENGELOLAAN SUKMA

SUKMA I diadakan dari 9 hb sehingga 16 hb April 1986.Tuan rumah SUKMA I merupakan Kuala Lumpur. Seramai 17 kontingen dan 4552 atlet yang menyertai sukan ini.

SUKMA II diadakan dari 9 hb sehingga 12 hb November 1988. Tuan rumah SUKMA II merupakan Kuala Lumpur. Bilangan jenis sukan dalam SUKMA II ialah 18 jenis. Seramai 17 kontijen dan 4995 atlet yang menyerati sukan ini.

SUKMA III diadakan dari 18 hb sehingga 27 hb Julai 1990. Tuan rumah SUKMA III merupakan Sarawak. Seramai 16 jenis kontijen dan 3426 atlet menyertai sukan ini.
SUKMA IV diadakan dari 2 hb sehingga 12 hb Julai 1992. Tuan rumah SUKMA IV merupakan Johor. Seramai 17 kontingen dan 5151 atlet yang menyertai sukan ini.
SUKMA V diadakan dari 9 hb sehingga 18 hb Jun 1994. Tuan rumah SUKMA V merupakan Perak. Seramai 17 kontingen dan 5664 atlet yang menyertai sukan ini.
SUKMA VI diadakan dari 1 hb sehingga 10 hb Jun 1996. Tuan rumah SUKMA VI merupakan Pahang. Seramai 19 kontingen dan 6495 atlet yang menyertai sukan ini.
SUKMA VII diadakan dari 17 hb sehingga 26 hb April 1998. Tuan rumah SUKMA VII merupakan Selangor. Bilangan jenis sukan dalam SUKMA VII ialah 24 jenis. Seramai 16 kontingen dan 5028 atlet yang menyertai sukan ini.
SUKMA VIII diadakan dari 25 hb Mei sehingga 4 hb Jun 2000. Tuan rumah SUKMA VIII merupakan Pulau Pinang. Seramai 19 kontingen dan 5875 atlet yang menyertai sukan ini. Majlis Sukan Negara Malaysia telah menggunakan SUKMA V, VI dan VII ini sebagai gelanggang untuk mengenal pasti atlet-atlet muda yang berpotensi untuk diasuh sebagai persiapan Negara untuk menghadapi Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
SUKMA VIII Tahun 2000 di Pulau Pinang, merupakan system secara 'Bidding' yang terakhir dalam penganjuran SUKMA
SUKMA IX diadakan dari 7 hb September sehingga 14 hb September 2002. Tuan rumah SUKMA XI merupakan Sabah. Seramai 20 kontingen dan 5000 atlet yang menyertai sukan ini. SUKMA IX Tahun 2002 di Negeri Sabah adalah yang pertama dipilih dalam penganjuran SUKMA secara sistem 'Zoning'. Negeri Sabah diletakkan dalam Zon I yang juga mengandungi negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
SUKMA X Berlangsung pada 28hb Mei – 6hb Jun 2004 di Negeri Sembilan dengan penyertaan lebih 7000 atlet dari 17 kontinjen yang bertanding di dalam 30 jenis sukan.
SUKMA XI Berlangsung dari 26hb Mei – 4hb Jun 2006 di Kedah dengan 26 jenis sukan dipertandingkan dan disertai oleh 16 kontinjen dengan atlet seramai 6500 orang.
SUKMA XII Berlangsung dari 26hb Mei – 9hb Jun 2006 di Terengganu dengan 38 jenis sukan dipertandingkan.


Dan bagi tahun 2010 Sukan Malaysia XII akan diadakan di MELAKA dengan tema perpadu remaja melalui sukan

maklumat lanjut sila layari

http://www.sukma2010.com.my/main.aspx

Tiada ulasan: