Nuffnang Ads

22 Jun 2010

Sukma Malaysia melaka ditutup,Pahang bersedia


Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 melabuhkan tirai malam ini dengan pujian perlu diberikan kepada tuan rumah di atas penganjuran yang berjaya mencerminkan peningkatan imej dan pencapaian atlet. 
Selepas 33 jenis sukan dipertandingkan pada Sukma kali ini, Terengganu diumumkan sebagai juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut selepas memungut 47 emas mengatasi saingan terdekat Selangor dan Wilayah Persekutuan apabila masing-masing memperoleh 43 emas.Sebanyak 10 rekod kebangsaan dan 90 rekod kejohanan dicipta pada temasya kali ini.

Sebaik obor kejohanan dipadamkan tepat pada pukul 11.00 malam disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bermakna berakhir sudah temasya sukan selama 14 hari selain meninggalkan banyak kenangan suka dukanya.
Selepas Melaka, giliran Pahang pula akan menjadi tuan rumah temasya edisi ke-14 pada 2012.Terdahulu, atlet olahraga tuan rumah Melaka, J. Khartik dan jaguh renang dari Wilayah Persekutuan,Chan Kah Yan diisytihar sebagai Olahragawan dan Olahragawati manakala Terengganu diumumkan juara Sukma edisi ke-13. Najib turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Kemeriahan jelas terasa sehinggalah berakhir acara penutup yang penuh warna-warni disempurnakan oleh Najib. Sejurus Perdana Menteri mengumumkan majlis penutupan, bendera kejohanan mula diturunkan dan obor yang menyala sejak majlis pembukaan pada 12 Jun lalu dipadamkan.
Selepas itu, Ketua Menteri, Mohd. Ali Rustam menyerahkan bendera kejohanan kepada Perdana Menteri yang kemudiannya menyerahkannya kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob selaku tuan rumah temasya edisi ke-14.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Pahang dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Dengan lebih 9,237 atlet dan pegawai daripada 15 pasukan termasuk Brunei sebagai jemputan berkampung di Melaka sepanjang temasya berlangsung menyaksikan rekod kejohanan dan kebangsaan dicipta oleh atlet muda negara.
Majlis penutup gilang-gemilang dimulakan dengan pertunjukkan 800 peserta di kalangan pelajar sekolah memegang sapu tangan warna biru dan merah diiringi lagu Melaka Maju 2010.
Ia turut diserikan dengan upacara simbolik perarakan kapsul masa kira-kira 87 kanak-kanak tunas budaya diiringi paluan kompang dan 100 peserta brass band dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John Kuala Lumpur.
Diikuti perarakan masuk kontinjen yang mengambil bahagian dan maskot setiap negeri. Sejumlah 16 bendera besar daripada 160 orang pembawa bendera 14 negeri yang bertanding termasuk Brunei sambil diiringi lagu rakyat negeri Melaka.
PUNGUTAN PINGAT SETELAH HABIS SUKAN MALAYSIA YANG KE 13 DI MELAKA


KEPUTUSAN SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010






kenangan penulis sebelum berangkat ke majlis penutup dengan penglibatan dalam acara kompang dimana telah mengumpulkan lebih daripada 5,000 peserta dan telah di masukan dalam malaysia book of records






Tiada ulasan: