Nuffnang Ads

11 Oktober 2010

Takziah Diucapkan Kepada Mangsa kemalangan Di Tol Simpang Ampat

muhdamin88 mengucapkan Takziah diatas kematian mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan berhampiran tol simpang ampat sekali lagi trajedi menglibatkan bas ekspress berlaku..MENGAPA?..sepatutnya perkara ini dapat di atasi sekiranya pihak berkenaan melakukan kajian yang terperinci dan amat menduka cita kan ialah kawasan kemalangan merupakan kawasan yang tidak disediakan lampu oleh pihak berkenaan sepatutnya lebur raya disediakan lampu agar penglihatan lebih jelas kerana kita mempunyai hak dimana setiap penguna telah MEMBAYAR sejumlah wang yang besaar untuk mengunakannya..diharap pihak berkenaan melakukan kajian dengan kadar segera agar pekara ini tidak berlaku lagi..


Terdahulu

Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.


Tiada ulasan: