Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

19 Jun 2011

TAKZIAH : "PAK UDA" ATAU ZAMI ISMAIL MENINGGAL DUNIA

allayarham zami ismail di IJN

PETALING JAYA: Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,”.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

sumber mstar online


Klik dibawah

23 Mei 2011

Masa Muda Ku...Bintang Popular

Ini lah bintang Popular Di Seluruh Dunia perbezaan Ketika Muda Dan Tua




















Klik dibawah

22 Mei 2011

Artis Bollywood Sebelum Mekap

Selepas Mekap Nampak Macam Cantik Tapi Sebelum Mekap..huhuhuhu









Klik dibawah

21 Mei 2011

Takziah Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia

Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Allahyarham adalah ibu kepada pelakon, Faizal Hussein.
Sedekahkanlah AL-Fatihah Semoga Allahyarham dicucuri Rahmat




Klik dibawah

20 Mei 2011

Syam Kamikaze Bertaubat Menemui Sinaran Cahaya

Allahamdulillah memang benar hidayah ini Milik ALLAH, dan ternyata Manusia Boleh berubah daripada buruk kepada baik dan ini memang dituntut dalam islam dimana Umat islam Harus Cermelang Hari ini Lebih baik Daripada Semalam...Ikuti Temubual Syam Kamikaze yang telah mendapat hidayah daripada ALLAH semoga kita mendapat manfaat daripada Pengalaman beliau..




Klik dibawah

01 Januari 2011

Artis : Faizal yusof Meninggal dunia, Al-Fatihah

Faizal yusof berbaju hijau


Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di ibunegara akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusrawi, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves pukul 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.

Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3.

18 September 2010

Takziah: M rajoli Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.

http://ms.wikipedia.org/wiki/M._Rajoli

22 Julai 2010

Artis:Pakaian Yang sama



Artis dengan pakaian Yang sama...huhuhu










18 Julai 2010

Filem Facebook Bakal Muncul

Filem Facebook yang bakal mucul di pawangam



Mungkin semua sudah ketahui yang mana laman sosial yang paling popular pada masa kini, iaitu Facebook bakal difilemkan asal-usulnya dan akan menemui para pengguna seluruh dunia pada bulan Oktober kelak. Menariknya, setelah sekian lama dinantikan, trailer pertama filem tersebut mula kelihatan.

Ianya dikatakan yang mana filem tersebut bakal memperlihatkan kisah dibelakang pembangunan Facebook sehinggalah pencapaiannya pada masa kini, dimana hampir 500 juta orang pengguna seluruh dunia menggunakannya.

Pada masa yang sama, Facebook juga kini merupakan laman sosial yang paling popular di Malaysia, dengan hampir 7 juta pengguna Malaysia yang menggunakannya.

12 Julai 2010

Badrul Bayar Kompaun, Bebas Tuduhan Cedera Isteri





KUALA LUMPUR: Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani dibebaskan Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya Julia Daud selepas membayar kompaun RM1,000 kepadanya.

Bekas model itu yang nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani,42, juga memohon maaf kepada Julia, 29.

Sebelum ini, beliau mengaku tidak bersalah menumbuk Julia di muka, menendang di perut dan memukulnya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, pada 7 pagi 24 Mac lepas.

Bapa kepada dua orang anak itu membayar kompaun tersebut selepas Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani mengarahkan Badrul Muhayat berbuat demikian.

Wan Karimah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan dan pembelaan telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara penyelesaian bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

"Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju kesalahan ini diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, mahkamah dengan ini bersetuju dan membenarkan kompaun RM1,000 dibayar kepada pengadu (Julia) dan mahkamah membebaskan orang kena saman (Badrul Muhayat) daripada tuduhan tersebut," katanya.

Wan Karimah berkata, walaupun tertuduh awalnya didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tetapi seksyen itu juga membenarkan kes tersebut diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan secara bersama.

Terdahulu, Wan Karimah bertanyakan Julia sama ada dia bersetuju kesalahan suaminya di kompaun sebanyak RM1,000.

Julia, yang ditemani anggota keluarganya, menjawab: "Saya setuju dan saya mahu suami membayar wang tersebut di hadapan mahkamah." -

11 Julai 2010

Artis sebelum dan Selepas



Mari kita lihat wajah-wajah artis sebelum menjadi terkenal dan setelah menjadi terkenal