Nuffnang Ads
Memaparkan catatan dengan label sepah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sepah. Papar semua catatan
25 Jun 2011
Sepah Juara MaharajaLawak
Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat
Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Finalis Maharaja Lawak menerima hadiah masing-masing.
Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.
Sementara itu mengulas kemenangan mereka Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan.
Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu.
“Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik,” kata mereka.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani.
Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu.
Klik dibawah
Label:
ac mizal,
astro,
astro warna,
dafi,
jambu,
jep sepah,
johor,
jozan,
mahaguru,
maharajalawak,
man sewal,
mustika,
nabil,
sepah,
siti sarah
21 Mei 2011
Sepah Maharajalawak terbaik
Minggu Ke-8 Maharaja lawak Menyasikan R2 kembali mewarnai pentas maharaja lawak...pada Pendapat aku..Sepah adalah yg terbaik dengan lawak yg spontan dan lawak berunsurkan melayu...jambu macam biasa senantiasa ada idea baru..nabil seperti hilang arah..Jozan paling aku tak sangka seperti hilang taring lawaknya..balas makin merudum apabila dilihat kurang bersemangat seperti minggu yg lain..Man masih byk dipelajari akhirnya beliau tersingkir.mai layan lawak dari sepah
Klik dibawah
Klik dibawah
Langgan:
Catatan (Atom)