Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pahang. Papar semua catatan

20 Julai 2012

PAHANG KE LIGA SUPER 2013..KEDAH LIGA PERDANA..

Perlawanan play off bagi merebut slot ke liga super 2013 nampaknya di menangi oleh pasukan dari liga perdana iaitu pahang..dalam perlawanan yang penuh dramatik..taniah kepada pahang kerana telah berjaya kepada kedah walaupun memberikan tentangan akhirnya kalah dengan sepakan penanti...terbaik kot keeper pahang..menafikan 4 sepakan penalti..saskikan higligh perlawanan di bawah ini




12 Februari 2011

Takziah Adun Bn kerdau,Datuk Zaharuddin Abu kassim Meninggal


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia setelah terjatuh di bilik air di kediamannya kira-kira pukul 6.30 petang.

Zaharuddin, 63, pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu setelah berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Beliau meninggalkan balu, Datin Rozlifah Ahmad, 33, yang baru dikahwininya tahun lalu.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Timbalan Ketua Polis Temerloh, Supt. Zundin Mahmood mengesahkan kematian tersebut.

Sejak pilihan raya ke-12 pada 8 Mac 2008, Malaysia menyaksikan sebanyak 14 pilihan raya kecil, termasuk pilihan raya Tenang, di Johor, yang diadakan baru-baru ini

Selepas ini, rakyat Malaysia akan bersiap sedia pula untuk mengadakan pilihan raya kecil kali ke-15 iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, di Melaka, ekoran kematian wakil rakyatnya pada 20 Januari lalu.

Jumlah itu menghampiri jumlah pilihan raya kecil yang berlangsung antara tahun 1987 dengan 1990 tetapi masih kurang dua berbanding angka sepanjang tempoh 1995- 1999.

Malaysia menyaksikan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ketujuh dan tiga bulan sebelum pilihan raya umum kelapan pada November 1990.

Malah, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan antara tempoh selepas pilihan raya umum 1990 menjelang pilihan raya umum April 1995.

Pun begitu, Malaysia pernah berdepan 17 pilihan raya kecil – jumlah tertinggi sejak awal 1980-an – yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Daripada 17 pilihan raya kecil itu, tiga di Sarawak, yang lazimnya mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.

Jenazah dijangka dikebumikan pagi esok.


22 Jun 2010

Sukma Malaysia melaka ditutup,Pahang bersedia


Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 melabuhkan tirai malam ini dengan pujian perlu diberikan kepada tuan rumah di atas penganjuran yang berjaya mencerminkan peningkatan imej dan pencapaian atlet. 
Selepas 33 jenis sukan dipertandingkan pada Sukma kali ini, Terengganu diumumkan sebagai juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut selepas memungut 47 emas mengatasi saingan terdekat Selangor dan Wilayah Persekutuan apabila masing-masing memperoleh 43 emas.Sebanyak 10 rekod kebangsaan dan 90 rekod kejohanan dicipta pada temasya kali ini.

Sebaik obor kejohanan dipadamkan tepat pada pukul 11.00 malam disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bermakna berakhir sudah temasya sukan selama 14 hari selain meninggalkan banyak kenangan suka dukanya.