Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label jantung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jantung. Papar semua catatan

19 Jun 2011

TAKZIAH : "PAK UDA" ATAU ZAMI ISMAIL MENINGGAL DUNIA

allayarham zami ismail di IJN

PETALING JAYA: Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,”.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

sumber mstar online


Klik dibawah

20 Ogos 2010

Memeriksa Sendiri Jantung Anda




Mengetahui jantung masih barfungsi dengan bagus atau tidak,tipsnya mudah iaitu cukup dengan menyentuh hujung jari kaki. Jika tubuh Anda masih fleksibel untuk menyentuh jari kaki, bererti jantung Anda masih cukup sihat.

Dalam jurnal Heart and Circulatory Physiology disebutkan bahwa dengan mennyentuh salah satu elemen tubuh (jari kaki), seseorang akan mengetahui jantungnya masih sihat atau tidak,

Caranya mudah, cukup dengan duduk di lantai dengan kaki diluruskan ke depan dan jari kaki mengarah ke atas. Setelah itu cubalah menjangkau dan menyentuh ujung jari kaki dengan tangan. Jika Anda cukup fleksibel untuk menyentuh jari kaki ertinya jantung Anda masih sihat dan fleksibel juga.

Mereka yang gagal dalam ujian fleksibilitas tubuh dan gagal mencapai hujung jari kaki ternyata memiliki pembuluh darah yang kaku, dan artinya kemampuan jantung menjadi kurang baik, efisien dan risiko penyakit jantung pun meningkat.

Dr Yamamoto dari jepun mengatakan, meski teori antara hubungan otot punggung dan kaki dengan otot di dekat jantung masih samar-samar, tapi dengan adanya kajian ini cukup membantu.

Kekakuan otot punggung, kaki dan pembuluh jantung yang saling berhubungan tersebut dikarenakan komposisi kolagennya yang sama.

Namun Yamamoto menyebutkan tidak selamanya otot kaku adalah pertanda penyakit jantung, hanya mungkin jantungnya kurang fit dan sehat saja dari yang seharusnya.

Namun Untuk memastikan Jantung anda berfungsi dengan baik ataupun tidak adalah dengan berjumpa kepada yang pakar jantung di hospital ini lebih baik...sekadar berkongsi