Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label toubat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label toubat. Papar semua catatan

01 Jun 2010

Adakah ini aku...mak maafkan aku

sekadar gambar hiasan



Aku ada pasangan hidup sendiri..
Bila aku seronok,aku cari.....pasanganku
Bila sedih,aku cari...........mak
Bila berjaya,aku ceritakan pada..pasanganku
Bila gagal,aku ceritakan pada...mak
Bila bahagia,aku peluk erat ...pasanganku
Bila berduka,aku peluk erak....mak
Bila nak bercuti,aku bawa..pasanganku
Bila sibuk aku hantar anak ke rumah..mak
Bila sambut valentine ..aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu..aku cuma ucapkan "selamat hari ibu"
selalu ,..aku ingat pasanganku
selalu..mak ingat kat aku
Bila-bila..aku akan talipon pasanganku
entah bila ..aku nak talipon mak
selalu..aku belikan hadiah untuk pasaganku
entah bila ..aku nak belikan hadiah untuk emak..
RENUNGKAN:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja.
bolehkah kau kirim wang untuk mak?
Mak bukan nak banyak..lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
Berderai air mata jika kita mendengarkannya
tapi kalau Mak sudah tiada..
Makkk...RINDU MAK...RINDU SANGAT
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
Berapa ramai yang sanggup mencuci mutah ibunya.
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibuya..
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..
Dan akhir sekali berapa ramai yan sembahayang jenazah ibunya...
wallahuallam....

10 April 2010

Imam di Uji Oleh buKan islam

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.