Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label haiwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haiwan. Papar semua catatan

08 Julai 2010

Paul sotong peramal kini musuh german





Paul, sotong peramal telah menimbulkan kemarahan rakyat Jerman kerana berjaya juga meramalkan kemenangan Sepanyol ke atas Jerman awal pagi tadi.

Banyak tulisan-tulisan di Facebook dan Twitter meminta Paul dilepaskan, dipanggang, dibuat makanan laut dan ada yang ingin melontarkannya ke dalam kolam jerung. Begitulah marahnya mereka kepada Paul yang kini berada di Sea Life di Oberhausen. Mereka adalah rakyat Jerman dan penyokong Jerman.

Ada juga penyokong Jerman yang berkumpul di Berlin sambil menyanyikan lagu anti-Paul. Mereka juga meminta Paul dipecat dan dilepaskan Paul ke laut. Paul sebelum ini berjaya meramal enam perlawanan Jerman semasa Piala Dunia.

21 Jun 2010

UDANG LUTSINAR


antara spesis spesi udang yang jarang di temui








11 Jun 2010

RAMA-RAMA DAN BUNGA

RAMA-RAMA DAN BUNGA



Seorang hamba ALLAH telah berdoa agar memberikan rama-rama dan bunga.Namun ALLAH memberikannya kaktus dan ulat.Lelaki ini sedih dan tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya,Kemudia dia berfikir:ALLAH mempunyai terlalu ramai umat yang ingin diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak merpersoalkanya.selepas satu tempoh.Lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakan.Lelaki ini amat terperajat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri  tumbuh bunga pula bunga yang begitu cantik,Dan daripada ulat yang terselindung telah bertukar  menjadi rama-rama yang cantik.ALLAH sentiasa melakukan semua perkara dengan betul,Cara ALLAH senantiasa  cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah,Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari ALLAH,Percayalah pastinya ALLAH senantiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan,ALLAH tidak akan gagal memenuhi permintaan,teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.Duri hari ini adalah bunga hari esok.ALLAH mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang  menyerah ketentuan kepada-Nya,WALLAHUALAM....