Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerajaan. Papar semua catatan

27 Jun 2011

Buka Website Yang Telah Di Block Oleh Provider



muhdamin88 mahu berkongsi bagaimana ingin membuka website2 yang telah diblock oleh provider...caranya mudah saja hanya pergi ke laman web http://hidemyass.com/  kemudian masukan website yang ingin kita masuk dan klik enter website nie akan terus membawa anda ke website yang dikhendaki klu tak percaya sila cuba pasti mengagumkan..huhuhu..

cuba try masuk kan address http://www.megaupload.com/  pasti tak boleh kan ..opps sekiranya anda ip ada berasal dari malaysia ini kerana website seperti ini telah diblock oleh kerajaan dalam usaha membendung gejala cetak rompak..huhuhu

so cara paling mudah dah berkesan hanyalah dengan memasuki website  http://hidemyass.com/ dan masukan website http://www.megaupload.com/ di ruangan yg sediakan dengan secara automatik ia akan terus membawa anda ker website megaupload...cuba pasti berjaya



Klik dibawah

05 Julai 2010

Parlimen dibubarkan 2010???


Pilihanraya September nie...

Tajuk jer bikin gempak..hehe..walhal hanyalah analisis pakar politik

Keputusan kerajaan secara tiba-tiba untuk meningkatkan peruntukan untuk kawasan-kawasan mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.

Sarjana politik James Chin percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengambil tindakan itu selepas mengumumkan prestasi ekonomi untuk suku tahun kedua.

"Ia pasti suatu masa sebelas Semptermbe kerana Najib perlu (dokongan) pertumbuhan yang kukuh daripada suku tahun kedua," kata James yang kini mengajar di sebuah universiti swasta.

"Kalau (pilihan raya diadakan) tahun depan, ketika itu Najib tidak boleh lagi mengawal ekonomi," katanya.

Beliau menambah, Najib bakal berdepan dengan bahaya kita berlakunya kemelesatan ekonomi global yang kedua.. Sumber malaysiakini

Walaupape pun sesiape yang masih belum mendaftar menjadi pengundi silalah berdaftar dengan segera agar tidak terlepas memilih pemimpin negara..hehehe

Apapun mengikut sumber belia bukan melayu lebih ramai telah mendaftar menjadi pengundi berbanding dengan belia melayu..ayuh jadi amik mudah marilah kira berdaftar sebagai pengundi yang sah..hehehe

23 Jun 2010

Ragam Polis Trafik

membantu sesiapa saje....huhuhu

Motor trafik di china

habis minyak la...nak wat cam ner

berehat sebentar...penat sgt..mat rempit makin banyak

aku anti rasuah...hahahaha

polis merempit..

tue la merempit lagi...




bila kita mintak tanda tangan polis trafik...hahaha..saman,,

22 Jun 2010

Tembok Penjara Pudu Dirobohkan

Hanya tinggal cerita kerana tembok penjara pudu yang dikata mempunyai tembok
lukisan yang terpanjang di dunia telah dirobohkan
Selepas berdiri teguh selama 118 tahun, tembok Penjara Pudu di sini akhirnya diruntuhkan oleh para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tepat jam 10 malam 21 jun 2010
Kerja-kerja merobohkan tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 398 meter itu dijangka mengambil masa empat hari.
Peristiwa tersebut turut menarik perhatian ratusan warga kota dengan ada di antara mereka mengambil gambar kenang-kenangan sebelum tembok itu dirobohkan.
Penjara Pudu dibangunkan selama empat tahun dan siap pada 1895 manakala projek pembinaan tembok itu selesai pada 1892.
Lukisan pada tembok penjara pudu ini dikatakan adalah lukisan TERPANJANG DI DUNIA
Operasi meruntuhkan keseluruhan Penjara Pudu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu.
Selepas itu, kawasan penjara seluas 7.6 hektar itu akan dibangunkan menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) oleh Uda Holdings Berhad.
Projek itu membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion.
Ada beberapa pihak melarang tembok itu diruntuhkan kerana ia satu peningalan sejarah dan sepatutnya mwnjadi tapak warisan
Namun Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin berkata Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang boleh banggakan oleh Malaysia
Awang Adek menjelaskan bahawa kerajaan telah mengkaji perkara itu dan memutuskan bahawa Penjara Pudu bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan sebagai sebuah tapak warisan.






19 Mac 2010

Pijam online di pustakaan terus dihantar kerumah

Malaysia semakin canggih...mulai julai ini tak payah kita hendak ke perpustakaan lagi wat abis minyak jer,,kerana satu sistem secara online untuk meminjam  buku akan dibuat dan perpustakaan akan menhantar buku yang ingin kita pinjam melalu online akan dihantar kerumah kita dengan mengunakan pos..hebatkan,,jimat minyak,jimat masa dan memudahkan...


muhdamin88




KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melancarkan perpustakaan digital dikenali sebagai "UBIQUITOUS" pada Julai ini bagi membolehkan orang ramai meminjam buku secara dalam talian (online) tanpa perlu datang ke perpustakaan.
Buku yang dipinjam itu akan dihantar melalui Pos Malaysia.

"Hasrat ini adalah untuk mengubah pemahaman masyarakat, dengan memasarkan perkhidmatan ilmu pengetahuan, dan bukan sekadar membaca serta meminjam buku di perpustakaan," kata Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar ketika mengulas usaha perpustakaan digital pada pelancaran Community of Practice (CoP) ke-7 di PNM di sini, hari ini. Community of Practice adalah satu program inovasi komuniti perpustakaan untuk turun ke padang bagi memasarkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

"Sektor perpustakaan mesti mengambil tindakan proaktif untuk memperinci, mengkaji dan menganalisis segala isu terkini yang dihadapi oleh masyarakat serta melahirkan idea-idea berkonsep baru dan digital untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan bertaraf dunia," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Perpustakaan Digital, Nafisah Ahmad, berkata bagi memudahkan proses pemulangan buku, masyarakat boleh menghubungi Pos Malaysia untuk mengambil semula buku pinjaman tersebut di rumah mereka, dengan dikenakan sedikit bayaran, ataupun memulangkannya sendiri di beberapa Pejabat Pos. - Bernama