Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label mlm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mlm. Papar semua catatan

22 Jun 2010

Sistem piramid boleh didenda RM50 juta

 ISMAIL menunjukkan beberapa jenis kesalahan
pihak syarikat serta individu pada sidang media


Syarikat atau pertubuhan yang didapati bersalah mempromosi atau menjalankan skim piramid boleh dikenakan denda antara RM1 juta dan RM10 juta apabila Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 mula dikuatkuasakan.

Akta itu merupakan pindaan kepada Akta Jualan Langsung 1993 dan ia telah dikemukakan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat 

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pindaan itu memperuntukkan denda maksimum RM50 juta atau tidak kurang RM10 juta.Untuk kategori individu, pindaan itu memberi kuasa kepada pihak mahkamah mengenakan denda antara RM500,000 dan RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.Menurut pindaan itu, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pesalah boleh dikenakan denda antara RM1 juta dan RM10 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pindaan itu turut membabitkan kenaikan jumlah denda ke atas syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen.Berdasarkan pindaan itu syarikat atau pertubuhan yang disabitkan bersalah, boleh didenda sehingga RM1 juta berbanding Akta Jualan Langsung 1993 yang hanya memperuntukkan denda RM250,000.Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pesalah boleh didenda sehingga RM2 juta berbanding RM500,000 pada masa ini.
Denda bagi kategori individu atas kesalahan yang sama juga akan dinaikkan selain tempoh penjara turut dipanjangkan.