Nuffnang Ads
Memaparkan catatan dengan label parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label parlimen. Papar semua catatan
08 Julai 2010
Pilihan Raya ke 13 Awal febuari 2011 ?
Membaca berita Utusan ini - seolah-olah saya dapat membaca apa yang tersimpan di dalam kota minda DS Najib. Menjanjikan duit raya kepada semua peneroka tanah rancangan Felda merupakan satu tanda atau signal awal bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir. Menjanjikan "satu kejutan" - DS Najib dilihat sudah boleh mencongak bilakah tarikh pilihanraya yang terbaik untuk melakar kejayaan dan kemenangan. Mungkin saya terlalu awal menghitung teka-teki ini. Namun demikian, pilihan raya Sarawak bisa sahaja dilakukan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang - kerana tempoh tamat rasminya adalah Jun 2011.
Kebiasaanya, pilihan raya Sarawak tidak akan menunggu sehigga saat-saat akhir, maka ramai pemerhati mengesyaki paling lewat, pilihan raya Sarawak akan diadakan pada awal tahun hadapan. Di sisi lain pula, ramai juga pemerhati politik percaya bahawa pilihan raya Sarawak akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-13, memandangkan iklim politik di Sarawak yang semakin berubah sejak DAP merampas kerusi parlimen Sibu baru-baru ini.
Bagi mengelakkan sentimen kekalahan BN yang mungkin agak banyak di Semenanjung daripada menular masuk ke Sarawak dan memberi kesan pengundian di sana. Maka, secara teorinya - pilihan raya perlu diadakan serentak, sekali gus mengurangkan kekuatan pembangkang dari segi tumpuan. Secara teknikalnya ia nampak sangat relevan dan objektif - namun tidak semestinya tepat. Jesteru itu - di bawah ini saya paparkan rasa hati,firasat dan cakap-cakap rakan UMNO saya baru-baru ini berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan.
1. Tarikh Pembubaran Parlimen : Penghujung Januari 2011
2. Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 : Awal Februari 2011
3. Hampir semua calon BN/UMNO yang menang dalam Pilihan Raya ke-12 dikekalkan, kerana DS Najib tidak mahu mengambil risiko kekalahan, seandainya memilih calon baharu yang kurang dikenali.
Walauapa pun alasannya. Untuk lebih tepat, kita harus menunggu ucapan dasar DS Najib di Perhimpunan Agung UMNO Oktober depan. Mungkin pada waktu itu - teka-teki Pilihan RayaUmum ke-13 bakal terjawab. Wallahualam.
05 Julai 2010
Parlimen dibubarkan 2010???
Pilihanraya September nie...
Tajuk jer bikin gempak..hehe..walhal hanyalah analisis pakar politik
Keputusan kerajaan secara tiba-tiba untuk meningkatkan peruntukan untuk kawasan-kawasan mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.
Sarjana politik James Chin percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengambil tindakan itu selepas mengumumkan prestasi ekonomi untuk suku tahun kedua.
"Ia pasti suatu masa sebelas Semptermbe kerana Najib perlu (dokongan) pertumbuhan yang kukuh daripada suku tahun kedua," kata James yang kini mengajar di sebuah universiti swasta.
"Kalau (pilihan raya diadakan) tahun depan, ketika itu Najib tidak boleh lagi mengawal ekonomi," katanya.
Beliau menambah, Najib bakal berdepan dengan bahaya kita berlakunya kemelesatan ekonomi global yang kedua.. Sumber malaysiakini
Walaupape pun sesiape yang masih belum mendaftar menjadi pengundi silalah berdaftar dengan segera agar tidak terlepas memilih pemimpin negara..hehehe
Apapun mengikut sumber belia bukan melayu lebih ramai telah mendaftar menjadi pengundi berbanding dengan belia melayu..ayuh jadi amik mudah marilah kira berdaftar sebagai pengundi yang sah..hehehe
Langgan:
Catatan (Atom)