Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label clock spring. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label clock spring. Papar semua catatan

12 Februari 2011

Takziah Adun Bn kerdau,Datuk Zaharuddin Abu kassim Meninggal


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia setelah terjatuh di bilik air di kediamannya kira-kira pukul 6.30 petang.

Zaharuddin, 63, pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu setelah berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Beliau meninggalkan balu, Datin Rozlifah Ahmad, 33, yang baru dikahwininya tahun lalu.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Timbalan Ketua Polis Temerloh, Supt. Zundin Mahmood mengesahkan kematian tersebut.

Sejak pilihan raya ke-12 pada 8 Mac 2008, Malaysia menyaksikan sebanyak 14 pilihan raya kecil, termasuk pilihan raya Tenang, di Johor, yang diadakan baru-baru ini

Selepas ini, rakyat Malaysia akan bersiap sedia pula untuk mengadakan pilihan raya kecil kali ke-15 iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, di Melaka, ekoran kematian wakil rakyatnya pada 20 Januari lalu.

Jumlah itu menghampiri jumlah pilihan raya kecil yang berlangsung antara tahun 1987 dengan 1990 tetapi masih kurang dua berbanding angka sepanjang tempoh 1995- 1999.

Malaysia menyaksikan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ketujuh dan tiga bulan sebelum pilihan raya umum kelapan pada November 1990.

Malah, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan antara tempoh selepas pilihan raya umum 1990 menjelang pilihan raya umum April 1995.

Pun begitu, Malaysia pernah berdepan 17 pilihan raya kecil – jumlah tertinggi sejak awal 1980-an – yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Daripada 17 pilihan raya kecil itu, tiga di Sarawak, yang lazimnya mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.

Jenazah dijangka dikebumikan pagi esok.


08 Oktober 2010

Proton Panggil Semula Proton Gen2 dan Proton Satria Neo Tahun 2004-2008



Proton Holdings hanya mengalami impak minimum berikutan panggilan semula kereta Gen2 dan Satria Neo, kata MIDF Research hari ini.

"Kami menjangkakan menerima reaksi negatif akibat panggilan itu, namun penyusutan harga saham Proton mungkin menyediakan peluang untuk membeli saham-saham pada paras rendah," katanya dalam nota kajiannya hari ini. MIDF bagaimanapun berkata ia mengekalkan saranan "beli" ke atas saham Proton, dengan harga sasaran tidak berubah pada RM5.80.

Semalam, pembuat kereta nasional itu membuat panggilan semula sukarela Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008 disebabkan kerosakan "clock spring" yang boleh menjejaskan keselamatan.

Panggilan semula sukarela itu, yang menjadi sebahagian daripada program Jaminan Kualiti Global, melibatkan 15,911 (dua peratus) daripada 660,000 kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh empat tahun.

Komponen "clock spring" menghubungkan suis dengan beg udara ke radio, hon dan kawalan "cruise".

OSK Research berkata saham Proton dijangkakan menyaksikan reaksi negatif sementara hari ini memandangkan tanggapan kualiti yang dipertingkat, akan dinilai semula oleh pelabur berpotensi.
"Ini akan memberi tekanan ke atas jualan Proton sehingga lebih banyak penjelasan dan statistik diberikan dan bagaimana kes itu muncul," katanya dalam nota penyelidikan.

Ia juga mengekalkan saranan "beli" ke atas saham Proton, dengan harga sasaran RM5.67.

"Tekanan menurun hari ini akan memberi peluang kepada pelabur untuk mengumpul ketika kami terus mengekalkan unjuran positif ke atas Proton," katanya.

OSK bekata Proton tidak memperlihatkan sebarang impak ketika panggilan terakhir membabitkan 34,000 kereta Proton Savvy berikutan kemungkinan masalah galas roda yang boleh menyebabkan air memasuki tayar, pada April 2008.

Meskipun begitu, perolehan tidak terjejas memandangkan jualan Proton kekal berdaya tahan kerana Savvy bukan penyumbang utama kepada jumlah jualan berikutan jumlahnya yang kecil.

Ia berkata harga saham Proton tidak terjejas semasa panggilan semula itu berdasarkan potensi pendapatan daripada pelancaran baharu Proton Saga ketika itu

nak taw kenapa aku highlighkan tahun 2004-2008...sebab sekarang sudah tahun 2010 lebih kurang 6 tahun sudah berlalu dan baru dapat kesan kerosakan dia?????...sangat mengecewakan...