Nuffnang Ads
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
25 Julai 2010
Malaysia atasi Korea Selatan 1-0!!!
KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara menewaskan pasukan Olimpik Korea Selatan 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini sebentar tadi.
Gol kemenangan Malaysia dijaringkan Safiq Rahim pada minit ke-50.
Perlawanan itu diadakan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Selatan.
>>berharap agar pasukan negara terus maintain corak permainan..
Malaysia terbaik...
Label:
berita,
bola,
Bola sepak,
fam,
fifa,
info,
juara,
korea,
muhdamin88
13 Julai 2010
Peserta PLKN akan dihimpun semula: Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan bercadang untuk mengadakan perjumpaan semula dengan kira-kira setengah juta bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah menyertai program itu sejak ia dilancarkan pada 2004.
Menteri Pertahanan. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata majlis “reunion” yang dicadangkan itu akan dijalankan secara berperingkat yang bertujuan untuk menjalin dan menyemai semula semangat patriotik dan kekitaan yang dibentuk ketika para pelatih menjalani program tersebut.
"Semangat patriotik dalam membentuk generasi muda berdisiplin dan bersemangat tinggi ketika di dalam kem perlu terus melekat di dalam hati setiap peserta meskipun mereka telah tamat latihan.
12 Julai 2010
Badrul Bayar Kompaun, Bebas Tuduhan Cedera Isteri
KUALA LUMPUR: Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani dibebaskan Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya Julia Daud selepas membayar kompaun RM1,000 kepadanya.
Bekas model itu yang nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani,42, juga memohon maaf kepada Julia, 29.
Sebelum ini, beliau mengaku tidak bersalah menumbuk Julia di muka, menendang di perut dan memukulnya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, pada 7 pagi 24 Mac lepas.
Bapa kepada dua orang anak itu membayar kompaun tersebut selepas Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani mengarahkan Badrul Muhayat berbuat demikian.
Wan Karimah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan dan pembelaan telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara penyelesaian bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.
"Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju kesalahan ini diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, mahkamah dengan ini bersetuju dan membenarkan kompaun RM1,000 dibayar kepada pengadu (Julia) dan mahkamah membebaskan orang kena saman (Badrul Muhayat) daripada tuduhan tersebut," katanya.
Wan Karimah berkata, walaupun tertuduh awalnya didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tetapi seksyen itu juga membenarkan kes tersebut diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan secara bersama.
Terdahulu, Wan Karimah bertanyakan Julia sama ada dia bersetuju kesalahan suaminya di kompaun sebanyak RM1,000.
Julia, yang ditemani anggota keluarganya, menjawab: "Saya setuju dan saya mahu suami membayar wang tersebut di hadapan mahkamah." -
Langgan:
Catatan (Atom)

