Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan

04 Januari 2010

Andai kedua mereka sudah pergi menemui Ilahi..

Andai kedua mereka sudah pergi menemui Ilahi..



“ Bingkasan hatiku buat kedua orang tuaku di kampung..” Ya Allah; Pimpinlah diriku,Ya Allah,hatta sekadar kerlipan kelopak mataku…..Wahai Tuhanku;aku senantiasa melakukan dosa padaMu…Ampunkanlah daku,Ya Allah…Siapalah daku di depanMu;Ya Alah;ku mohon bebanyak keampunan buat kedua ibu bapaku…..yang sanggup bersusah payah mendidikku…kepada ayahku,yang selalu menyuruhku ke surau…..namun,aku sering membuat tidak endah saja…maafkan abang,ayah…"
Sewaktu di hospital dulu,kau selalu menemaniku ayah….bergiliran dengan ibu di wad pesakit buah pinggang.Tatkala waktu solat tiba,kalian bergiliran solat di bahagian pesakit anemia;di suatu sudut yang agak lapang.Sering juga,kau luahkan padaku;betapa besarnya penderitaan mereka;anak-anak kecik penghidap anemia.Hanya hidup dan mati jadi taruhan…Allahuakbar…Sungguh hebat dugaan dan cubaan daripada Mu….
Tatkala demam UPSR melanda kegusaran mindaku,aku bawa semua buku yang tebal-tebal dan letak bawah bantal di wad hospital….-Masih terngiang-ngiang suatu nasihat daripada jururawat; ”Apelah adik ni,letak buku tebal-tebal kat bawah bantal… Tidur,sakit kepala.” “Abang jie,bukannyer masuk ilmu tu,kalau letak bawah bantal,” begitulah keluhan kecil ibuku yang tercinta.
Mak;sebelum abang berlepas ke luar negara; mak buat karipap segera dengan banyak sekali…. Benar;kini baruku mengerti jerit perihmu untukku. Belanja untuk ke airport(KLIA),belanja minyak kereta;begitu banyak terpundak di bahu kalian,ibu dan ayahku…….. Ibu;maafkan daku,andai aku tidak menghargai jasamu…….Andai aku bersuka ria di rantau orang,tatkala dirimu merintih kesusahan…………..Maafkan anakmu ibu.
Mak,terima kasih banyak-banyak dengan ikan kering dan ikan bilis yang banyak kau bekalkan kepadaku untuk ke luar negara.Mungkin bagi orang lain…,harga ikan bilis dan ikan kering tidaklah seberapa mana………Mungkin kek coklat lagi mahal…..burger KFC lagi sedap….Namun,aku sedar,dalam diam kau bekalkan kesemuanya padaku saat hari-hari terakhir di kampung….Selalu pesanmu padaku;“Abang jie,gune duit elok-elok,jangan buat belanja benda yang bukan-bukan.Mak tak mampu nak hantar……”.


Mak,akanku semat nasihatmu sampai bila-bila……”Mak,lepas abang jie belajar,abang jie nak hantar mak ayah ke Mekah….ngan duit yang abang jie kumpul…..InsyaAllah……Mak….,doakanlah sekali yer……” Tapi,andai kata mak ayah pergi dulu;abang jie kenelah pasrah…..Mak ayah pun pinjaman dari Dia….Kalau Dia ambik mak ngan ayah dulu,mungkin Dia lebih sayangkan mak ayah daripada abang jie….
Mak ayah,abang jie akan belajar sungguh sungguh…..InsyaAllah……Sekarang abang jie dah masuk 20 tahun….Kalau kat Jepun,20 tahun,barulah dapat buat hanset…..dah jadi orang dewasa….dah matang dan dah mampu berfikir sendiri…….Namun,hakikatnya…..dah 20 tahun,aku habiskan umurku…habiskan usiaku di dunia ciptaanNya……Ya Allah,indahnya alam ciptaanMu,hamparan pepasiran yang tidak berpenhujung……kemegahan awangan serta binaan langitMu….kukuh terpasak…..Namun,sering kali,ku melupaiMu…..
Ya Allah,betapa banyaknya nikmatmu buat diriku..Namun,seringkali,tatkala ku berbicara pada diri;sejauh manakah sumbanganku untuk islam…..?....aku…..tak….tak…mampu menjawab…… Ya Allah….pimpinlah daku,Ya Allah…..aku hambamu yang mudah alpa…bimbinglah daku dalm menghadapi nafsuku….Ya Allah…daku hambamu yang kerdil….SubhanaAllah……
Ayah…..ingin sekali di kesempatan ini,ku lakarkan penghargaan buatmu.Ingin sekali ku luahkan rasa terima kasih yang amat sukar untuk dilafazkan….Ayah,besarnya pengorbananmu buatku…Ingin sekali ku lahirkan kekaguman buat dirimu,ayah….'Mohd Nor Bin Ismail';nama yang cukup indah:yang diberikan oleh arwah datukku dan nenekku….Sering ungkapmu;Ibu seorang boleh menjaga 10 orang ank-anaknya dengan baik,namun…..10 orang anak belum tentu lagi dapat menjaga seorang ibu……”
Kini,walaupun nenekku telah hampir lupa akan segala-galanya,namun bagi ayahku,menjaganya adalah satu kewajipan…memandikan dan segala-galanya…Tidak mampu ku bayangkan,betapa besarnya kasih sayangmu…Aku berdoa kepadaNya,andai masa meniti usia;aku mampu menjagamu ayah dan ibuku…InsyaAllah……
Banyak sangat kata-katamu padaku…..Ingin sekali ku kongsikan pada yang sudi mendengar coretan ini……Pernah katamu,ayah;”Didiklah adik-adikmu…….Janganlah senantiasa memikirkan tentang diri sendiri…..Walaupun kau dah berjaya sehingga dapat merantau ke rantau orang;namun selalulah bertanya khabar tentang adik-adikmu….Cubalah,andai dibayangkan…….abang jie jadi seorang engineer yang bergaji besar,berkereta mewah dan berkeluarga bahagia;sedangkan ada adikmu yang hidup merintih…..apakah sumbanganmu?......Adakah keluargamu lebih penting dari adik-beradikmu…..?” Sungguh dalam pengertiannya…..

30 Disember 2009

Analogi Rumput dan Kasih Sayang

Analogi Rumput dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

27 Disember 2009

CErita kerang

Along & Angah: Cerita Kerang

“Along, angah! Dah siap ke belum? Kan kita nak pergi makan luar malam ni.” Seorang ayah malam itu mengajak anak-anaknya makan di luar demi menunaikan hasrat di hatinya untuk meluangkan masa dengan anak-anaknya yang sedang membesar, sedang belajar, dan paling penting sedang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripadanya seorang ayah. “Okey, Along nak makan dekat mana hari ni?” tanya Si Ayah kepada anaknya yang sulung membuka tawaran sebaik sahaja kereta mereka meluncur di jalan. “Erm.. entahla.. angah, angah nak makan dekat mana?” Si Along memberi peluang kepada adiknya untuk membuat pilihan.

“Err.. Abah je la yang buat keputusan. Abah nak bawa pegi makan dekat mana?” Si Angah pula menyerahkan kata putus kembali kepada Si Ayah, tidak kisah. “Apa la anak-anak ayah ni. Ayah tanya kamu, kamu tanya ayah balik.” Balas Si Ayah. Masing-masing tergelak. “hmm.. takpe. Hari ni ayah bawa kamu pegi makan kerang dekat Perancis.” “Kerang? Perancis?” serentak dari Along dan Angah. “Iye.. Dekat Perancis. Dekat MFI, Malaysia-France Institute tu. Perancis la tu.” Balas Si Ayah sambil tersenyum dan suasana di dalam kereta riuh lagi dengan gelak ketawa mereka.

Setibanya di kedai makan, Along dan Angah segera ke meja yang berdekatan dengan tempat yang menyediakan kerang. “abah, abah! Kita duduk sini eh?” Si Angah memanggil Si Ayah. “a’a abah. Nanti boleh kita tengok Pak Cik tu bakar kerang.” Tambah Si Along. Si Ayah mengambil tempat selepas memesan makanan. Along di sebelah kanannya, dan Angah di sebelah kiri. Mereka menghadap ke arah Pak Cik yang sedang menyediakan kerang bakar dan kerang rebus. Terdapat sebuah meja segiempat berdekatan dengannya yang penuh dengan mangkuk-mangkuk yang berisi kerang untuk dibakar. Kerang-kerang tersebut ada yang terjelir-jelir lidahnya.

“Eee.. Along, tengok tu, kerang tu masih hidup la.” Kata Si Angah kepada abangnya sambil menuding ke arah mangkuk-mangkuk yang berisi kerang tadi. “eh, mestila. Kalau dah mati, nanti kerang-kerang tu busuk la, kan abah?” balas Si Along sambil mendapatkan kepastian daripada Si Ayah. Si Ayah hanya mengangguk dan tersenyum melihat keletah anaknya yang dua orang itu.

“Habis tu, nanti kerang tu kena bakar hidup-hidup la?” tanya Si Angah lagi kepada Along. “eh.. a’a la kan, angah. Kesian la kerang-kerang tu nanti.” Si Along buat-buat bersetuju dengan adiknya dan terus menambah lagi. “masa kerang tu kena bakar, mesti dia terjerit-jerit dekat pak cik tu macam ni.” “Tolong! Panas pak cik, panas!!” Si Along setengah menjerit sambil mengangkat tangannya dan menggoyangkannya seperti lidah kerang yang sedang dibakar. Si Ayah tersenyum lagi dan kedua-dua beradik itu tergelak kecil dengan lawak Si Along. Pak Cik Kerang juga tersenyum kecil melihat kerenah anak-beranak itu.

“Abah pesan berapa mangkuk kerang tadi, abah?” tanya Si Along setelah terlerai gelak tawa mereka. “abah pesan semangkuk jer. Kesian dekat kerang-kerang tu nanti kena bakar.” Si Ayah memerli Angah. “abah ni, kenakan orang pulak.” Rajuk Si Angah. “along, angah, kerang-kerang tu sebahagian daripada lumrah alam yang dicipta Allah.” Si Ayah memberi penerangan bagi memujuk Angah.

“Maksud abah?” Si Angah mula berminat.

“Kerang, haiwan, tumbuhan, sayur-sayuran yang kita makan tu, memang Allah jadikan ketentuannya macam tu. Ada juga yang diciptakan untuk jadi kenderaan, tempat perlindungan, dan lain-lain untuk membantu kehidupan manusia.” Si Ayah bercerita panjang lebar. Dalam masa yang sama, Pak Cik Kerang datang dan menghidangkan semangkuk kerang bakar yang dipesan bersama-sama dengan sambal kicap sos cili yang amat menyelerakan.
“Yey yey! Kerang dah sampai!” serentak Si Along dan Angah.
“nampaknya, memang dah nasib kerang ni la nak masuk dalam perut angah kan, abah?” Si Along sempat mengusik adiknya. “nasib kau la kerang.. bismillah..” Si Angah tidak mempedulikan abangnya dan tidak menyempat-nyempat nak makan.

“Eee.. Hitamnya kulit kerang ni!” baru nak pilih satu, Si Angah dengan keletahnya lagi. “dah kena bakar, memang la hitam.” Si Along mula geram dengan adiknya. “sudah, sudah.. depan makanan ni, along, angah.” Si Ayah cuba menenangkan anak-anaknya. Si Along dan Angah diam. Mereka tahu tidak elok banyak bercakap dan bergaduh di depan rezeki. Anak-beranak itu terus menikmati rezeki mereka.

“Angah, along..” Si Ayah membuka bicara semula. “apa yang penting pada kerang-kerang ni, bukannya dia sakit atau tak, kesian atau tak. Tapi, yang perlu kamu berdua, anak-anak yang ayah sayang ni kena ambil pengajaran ialah, jangan jadi macam kerang ni.” Tambah Si Ayah lagi. “Jadi macam mana tu, abah?” tanya Si Angah dan Along serentak.

“Kena bakar, hitam, hangus.” Respon Si Ayah. “Along dengan angah tak faham la, abah.” Si Along ingin tahu lebih lanjut.

“Ayah tak nak, anak-anak ayah ni kena bakar dengan api neraka, muka hitam di akhirat nanti. Ayah nak kamu berdua sentiasa beringat, jauhi daripada melakukan maksiat.” Terang Si Ayah dengan nada berharap. “ingat, jangan jadi macam kerang bakar ni.” Pesan Si Ayah lagi. “insyaAllah abah, kami akan ingat pesan abah.” Jawab Si Along. “angah bayangkan kerang ni kena bakar pun angah dah takut dan tak dapat bayangkan panas api neraka tu, abah.” Si Angah pula memberi respon.

“Bagus anak-anak ayah ni. Dah, habiskan makanan ni semua. Nak tambah lagi ke kerang bakar?” tanya Si Ayah. “TAK NAK, ABAH!” tolak Si Along dan Angah, kesian dengan kerang yang bakal kena bakar agaknya.


hak karya diperolehi melalui email,..