Nuffnang Ads
Memaparkan catatan dengan label muhdamin88. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muhdamin88. Papar semua catatan
29 Julai 2010
27 Julai 2010
Megalink Download
Berkongsi Laman web download Movie,sofwere mp3..dan sewaktu dengannya...
1. Cerita episode orang putih..
2. Ada taip jer apa yang download comfirm ada
3. Laman paling aku minat dan tmpt selalu aku download ada dua pilihan satu single download satu lagi download by part...terbaik
4. Yang nie klu korang nak download video youtube
5. Klu yang minat nasyid tue kat sini port baik download lagu nasyid
6. Untuk download lagu mp3,mp4 and lirik
7. Download movie mat salleh
15. Download cite korea anda japan
16. Kat sini pun site aku paling suka cite kat astro pun ada,movie ada,sofwere ada.
17. Kebiasaannya sini aku keluar dulu sebelum kat tmpt selalu korang download syok.org
18. Bagi Pengemar mp3 high quality
19. Tempat download filem semua bangsa
20. Download apa sahaja yang korung nak
Dari Masa ke semaasa aku akan update utk link tebaru
Sharing is caring
Bagi sesape ingin berkongsi sila lah letak link kat bahagian comment...
25 Julai 2010
Malaysia atasi Korea Selatan 1-0!!!
KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara menewaskan pasukan Olimpik Korea Selatan 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini sebentar tadi.
Gol kemenangan Malaysia dijaringkan Safiq Rahim pada minit ke-50.
Perlawanan itu diadakan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Selatan.
>>berharap agar pasukan negara terus maintain corak permainan..
Malaysia terbaik...
Label:
berita,
bola,
Bola sepak,
fam,
fifa,
info,
juara,
korea,
muhdamin88
12 Julai 2010
Badrul Bayar Kompaun, Bebas Tuduhan Cedera Isteri
KUALA LUMPUR: Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani dibebaskan Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya Julia Daud selepas membayar kompaun RM1,000 kepadanya.
Bekas model itu yang nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani,42, juga memohon maaf kepada Julia, 29.
Sebelum ini, beliau mengaku tidak bersalah menumbuk Julia di muka, menendang di perut dan memukulnya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, pada 7 pagi 24 Mac lepas.
Bapa kepada dua orang anak itu membayar kompaun tersebut selepas Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani mengarahkan Badrul Muhayat berbuat demikian.
Wan Karimah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan dan pembelaan telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara penyelesaian bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.
"Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju kesalahan ini diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, mahkamah dengan ini bersetuju dan membenarkan kompaun RM1,000 dibayar kepada pengadu (Julia) dan mahkamah membebaskan orang kena saman (Badrul Muhayat) daripada tuduhan tersebut," katanya.
Wan Karimah berkata, walaupun tertuduh awalnya didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tetapi seksyen itu juga membenarkan kes tersebut diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan secara bersama.
Terdahulu, Wan Karimah bertanyakan Julia sama ada dia bersetuju kesalahan suaminya di kompaun sebanyak RM1,000.
Julia, yang ditemani anggota keluarganya, menjawab: "Saya setuju dan saya mahu suami membayar wang tersebut di hadapan mahkamah." -
11 Julai 2010
Langgan:
Catatan (Atom)











