Nuffnang Ads
26 Julai 2010
25 Julai 2010
Malaysia atasi Korea Selatan 1-0!!!
KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara menewaskan pasukan Olimpik Korea Selatan 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini sebentar tadi.
Gol kemenangan Malaysia dijaringkan Safiq Rahim pada minit ke-50.
Perlawanan itu diadakan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Selatan.
>>berharap agar pasukan negara terus maintain corak permainan..
Malaysia terbaik...
Label:
berita,
bola,
Bola sepak,
fam,
fifa,
info,
juara,
korea,
muhdamin88
22 Julai 2010
Kancil Drift!!!
VIDEO: Sebuah kereta Perodua Kancil melakukan drift dan terlibat dalam kemalangan. Semasa sedang membuat drift, kereta Perodua Kancil itu terbalik dan bergeser di permukaan jalan bertar sejauh beberapa meter.
Orang ramai berpusu-pusu mengerumuni kereta Perodua Kancil yang mengalami kemalangan itu dan menolak kereta Perodua Kancil itu supaya kembali ke kedudukan asalnya. Pemandu kereta Perodua Kancil itu terselamat kerana memakai topi keledar keselamatan.
Sebaik-baik sahaja pemandu Perodua Kancil itu dipapah keluar, dia pun cuba berjalan sendiri dan mendapat tepukan dan sorakan daripada para penonton.
Makan Setiap 15 Minit Tapi Masih Kurus Keding
AUSTIN – Seorang gadis yang menjadi pelajar sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS), Lizzie Velasquez makan 60 kali sehari tetapi memiliki berat badan seperti kanak-kanak berusia lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Velasquez menghidap penyakit Sindrom Neonatal Progeroid (NPS), menyebabkan dia cepat tua, hilang lemak dan tisu badan.Untuk kekal bertenaga, pelajar perempuan berusia 21 tahun itu makan setiap 15 minit dalam sehari dengan pengambilan tenaga bersamaan 5,000 hingga 8,000 kalori tetapi berat badannya tidak pernah melebihi 27.4 kilogram.“Saya selalu menimbang berat saya dan saya akan teruja jika berat saya bertambah walaupun cuma 0.4 kilogram,” kata Lizzie yang memiliki ketinggian 157.5 sentimeter.
“Saya makan sedikit kerepek, gula-gula, coklat, piza, kek, donut, ais krim, mi dan kuih sepanjang hari dan saya sedih apabila orang mendakwa saya kurus kerana menghidap aneroksia,” tambahnya.
Lizzie dilahirkan empat minggu pramatang dengan berat cuma 1.1 kilogram dan kesihatannya sering terganggu.-
21 Julai 2010
Mejaga Kesihatan Cara Nabi
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. Insyaallah kalau ikut diet Rasullullah ini takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
WallahuA'lam
Label:
amalan,
info,
islam,
kesihatan,
kongsi,
makanan,
malaysia,
menarik di sini,
minuman,
MUHAMMAD,
Nabi,
pengetahuan,
rasul,
share,
sharing is caring
20 Julai 2010
Buang Bayi
Kenapa Manusia Begitu Zalim Sehingga Sanggup Membuang Bayi,Hanya ALLAH yang mampu memberi petunjuk Dan hidayah Kepada mereka-AL-FATIHAH
Langgan:
Catatan (Atom)