Nuffnang Ads

19 Mac 2010

Pijam online di pustakaan terus dihantar kerumah

Malaysia semakin canggih...mulai julai ini tak payah kita hendak ke perpustakaan lagi wat abis minyak jer,,kerana satu sistem secara online untuk meminjam  buku akan dibuat dan perpustakaan akan menhantar buku yang ingin kita pinjam melalu online akan dihantar kerumah kita dengan mengunakan pos..hebatkan,,jimat minyak,jimat masa dan memudahkan...


muhdamin88




KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melancarkan perpustakaan digital dikenali sebagai "UBIQUITOUS" pada Julai ini bagi membolehkan orang ramai meminjam buku secara dalam talian (online) tanpa perlu datang ke perpustakaan.
Buku yang dipinjam itu akan dihantar melalui Pos Malaysia.

"Hasrat ini adalah untuk mengubah pemahaman masyarakat, dengan memasarkan perkhidmatan ilmu pengetahuan, dan bukan sekadar membaca serta meminjam buku di perpustakaan," kata Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar ketika mengulas usaha perpustakaan digital pada pelancaran Community of Practice (CoP) ke-7 di PNM di sini, hari ini. Community of Practice adalah satu program inovasi komuniti perpustakaan untuk turun ke padang bagi memasarkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

"Sektor perpustakaan mesti mengambil tindakan proaktif untuk memperinci, mengkaji dan menganalisis segala isu terkini yang dihadapi oleh masyarakat serta melahirkan idea-idea berkonsep baru dan digital untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan bertaraf dunia," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Perpustakaan Digital, Nafisah Ahmad, berkata bagi memudahkan proses pemulangan buku, masyarakat boleh menghubungi Pos Malaysia untuk mengambil semula buku pinjaman tersebut di rumah mereka, dengan dikenakan sedikit bayaran, ataupun memulangkannya sendiri di beberapa Pejabat Pos. - Bernama



18 Mac 2010

VirUs in FACEBOOK

BOSTON: Penggodam membanjiri Internet dengan spam dicemari virus yang mensasarkan kira-kira 400 juta pengguna Facebook.

Ia dibangunkan dengan tujuan khusus iaitu mencuri kata laluan perbankan dan mengumpul maklumat sensitif pelanggan.
 
Menurut pembangun perisian anti-virus, McAfee Inc, pelanggan akan menerima e-mel mengarahkan kata laluan akaun Facebook perlu diset semula, di mana pengguna diarahkan membuka lampiran supaya daftar masuk baru (login) diperoleh. Syarikat itu berkata, sekiranya lampiran itu dibuka, ia akan memuat turun beberapa jenis perisian yang boleh mengancam keselamatan maklumat penting seperti kemungkinan kata laluan dicuri.

Sementara itu, jurucakap Facebook, berkata syarikat itu tidak dapat memberikan ulasan lanjut berhubung kes terbabit, tetapi mengarahkan pihak media untuk mengunjungi laman webnya bagi mendapatkan maklumat terkini seperti memberi amaran kepada pengguna berhubung e-mel palsu dan menyarankan supaya membuang e-mel terbabit. – www.reuters.com

TRANSLATE?

bOleh kah kita pelajari semua bahasa didunia ini???.....tentu sekali tidak bukan..habis bagaimana kalau ada sesuatu yang ingin kita ketahui atau kita  baca dalam bahasa yang kita tidak fahami ,,tentu sukar kan??.
ermm kebiasanya kita akan mengunakan citcat untuk translate kan bahasa english ke bm atau english ke cina tapi bagaimana pula dengan bahasa lain..Jangan risau sedar atau tidak terdapat sofwere daripada google yg dapat melakukanya mudah sahaja anda hanya perlu download sofwerenya kemudian anda boleh translate kepada bahasa atau dari bahasa yang anda hendaki..selamat mencuba
klik pautan di bawah untuk download sofwere translate
http://translateclient.com/


17 Mac 2010

InTerNet di NeGeRi aNda DaN diNeGaRa AnDa

Apakah perasaan korunk bila internet korunk lembab???....mesti rasa mcm nak pecah atau baling jer modem kan...nak2 time kite tgk you tube atau pun membalas komen2 di myspace atau facebook tetiba intenet lembab atau loss conention...huh mesti bengang gila kan...ermm namun jgn risau aku terdengar sekarang tm ada pakej terbaru iaitu HSBB..dikatakan pakej itu membawa kepada 10mbps berbanding 4 mbps yg ditawarkan sekarang,,,namun adakah itu sudah memadai??persoalan yg bermain di fikiran ku sekarang
1.Berapakah Harganya??..adakah mampu milik..
2.diManakah lokasinya adakah hanya di lembah kelang atau kuala Lumpur sahaja..??
3. adakah tahap kelajuan download dan internet mmg terbaik???

harap persoalan yang bermain di fikiran ku ini dapat dijawap...dan jawapan yang aku mahukan tentulah harga yg berpatutan dan terdapat di negeri aku serta kelajuannya mmg memuaskan..

sebelum kita ada HSBB kelajuan internet negeri dan negara kita berada pada tangga yang teruk
 tak caya sila liha print screen yg aku buat berdasarkan sumber yang boleh dipercayai






16 Mac 2010

pembukaan PintU paRlimen.........



Alhamdulillah mulai 16-3-2010 hingga 15-4-2010 sesi pengal ketiga parlimen ke 12 akan dimulakan mogo2 apa  yang dibahaskan mendapat satu kebaikan oleh rakyat....

Agong rasmi penggal ketiga Parlimen ke-12

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merasmikan Penggal Ketiga Parlimen ke-12 dengan penuh adat istiadat.

Sejurus tiba di perkarangan Parlimen, Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana M

TeKniK CaKaR Hari2 Mau

Disebabkan skang musim cuti sekolah so ramai yang mengambil keputusan untuk berkhawin pada bulan nie...
disini aku nak share sikit apa yang korunk rasa boleh buat bila baru berkhawin....

Teknik caKar HariMau
Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri
perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang
memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu
diuraikan.

Langkah kedua pula, kata beliau, ialah mengurut pada bahagian bahu
hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-
jemput' pada bahagian tulang belikat.

Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan
perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan
kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke
pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah,
bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat
cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan
penuh kasih sayang

Langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan
kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas
hingga ke pinggang.

Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana
setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya
cinta padamu'.

15 Mac 2010

TANiaH.....

LONDON: Datuk Lee Chong Wei muncul juara perseorangan lelaki Seluruh England sebentar tadi selepas menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-19, 21-19.

taniah diucapkan...hope kekalkan kejuaran...

teKa-teKi

1. Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman ?
2. Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak ?
3. Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki. Siapakah saya ?
4. Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati' ?
5. Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila ?
6. Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson ?
7. Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya ?
8. Ape persamaan kain jemuran ngan telefon ?
9. Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang ?
10. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
11. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai ?
12. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik ?
13. Ahmad bin Abu, kambing bin apa ?
14. Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung ?
15. Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi ?
16. Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
17. Scorpion kaler apa ?
18. Ada sorang imam, tengah sembahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia. BATAL TAK AIR SEMBAHYANG IMAM TU ?

Jawapan

1. LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik
2. Pintu yang ade tulis 'TARIK'
3. Pembohong
4. Usus
5. Sebab lelaki ni kan 'buaya'
6. Dua-dua tak kenal korang :D
7. Tahi hidung
8. Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat
9. Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa. Gile ape...
10. Masukkan benang dalam jarum
11. Bas sekolah. The only bas pegi sekolah
12. Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
13. Kambing BINatang
14. Seluar dalam ler... hahaha
15. Kuih lepat liat sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit
16. Lilin masa sambut EPI BESDAY
17. Kala jengking lah...
18. Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri


PengEtahUan Am


  1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

  2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

  3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

  4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

  5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

  6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

  7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

  8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

  9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

  10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

  11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

  12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

  13.  Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14 Februari 2010

Undang-UnDang PeLik....

MALAYSIA :

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang.


THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.


SWISS :
SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.
* Dilarang berkebun di hari minggu.

23 Januari 2010

shourtcut key

Getting familiar with keyboard shortcuts not only help you get the work done faster, but also more efficient. If your daily job rely heavily on using Windows, here are some 100++ Windows Keyboard Shortcuts you might want to check out.

The General Shortcuts

* CTRL+C (Copy)
* CTRL+X (Cut)
* CTRL+V (Paste)
* CTRL+Z (Undo)
* DELETE (Delete)
* SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item
in the Recycle Bin)

SULTAN JOHOR MANGKAT- AL-FATIHA

Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada Jumaat malam selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air

Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

RAHSIA LELAKI


RAHSIA LELAKI

Memahami sifat lelaki.

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

21 Januari 2010

RAHSIA MENGENALI PASANGAN MELALUI TARIKH LAHIR

RAHSIA MENGENALI PASANGAN MELALUI TARIKH LAHIR
Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.