Nuffnang Ads

24 April 2010

Kaitan cinta dalam kehidupan

Kaitan cinta dalam kehidupan


Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberiannya dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup,pintu yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pun pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat pernah dialaminya

Memang benar yang kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangganya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehingga ia datang memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan kembali menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan.Nantikan sahaja ia untuk mekar dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang ,satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana jadianya palsu .Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.Carilah sesoran yang akan membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi ada dan akan memeluknya dengan sebenar,Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menaarik,percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.Selalu bayakan diri anda didalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakiti anda,fikirkan ia mungkin menyakiti orang lain juga,kebahagian seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.Kebahagian terletak kepada mereka yang ingin menangis,mereka yang telah terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mmencuba

Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.Cinta bermula dengan senyuman ,merkar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.Masa depan yang cerah sentiaasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dari kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan anda menagis dan orang disekeliling anda tersenyum.Teruskan hidup anda supaya apabila anda mati nanti,andalah orang yang akan tersenyumm dan orang disekeliling anda pula yang akan menagis



Tiada ulasan: