Nuffnang Ads

08 Julai 2010

Paul sotong peramal kini musuh german





Paul, sotong peramal telah menimbulkan kemarahan rakyat Jerman kerana berjaya juga meramalkan kemenangan Sepanyol ke atas Jerman awal pagi tadi.

Banyak tulisan-tulisan di Facebook dan Twitter meminta Paul dilepaskan, dipanggang, dibuat makanan laut dan ada yang ingin melontarkannya ke dalam kolam jerung. Begitulah marahnya mereka kepada Paul yang kini berada di Sea Life di Oberhausen. Mereka adalah rakyat Jerman dan penyokong Jerman.

Ada juga penyokong Jerman yang berkumpul di Berlin sambil menyanyikan lagu anti-Paul. Mereka juga meminta Paul dipecat dan dilepaskan Paul ke laut. Paul sebelum ini berjaya meramal enam perlawanan Jerman semasa Piala Dunia.

Tiada ulasan: