Nuffnang Ads

10 Julai 2010

Proton Lancar kereta peringatan




Proton Holdings Bhd hari Jumaat melancarkan kereta peringatan, bersempena ulang tahun ke-25nya, yang akan dibuka bagi tempahan mulai Isnin.

Kereta peringatan itu, yang terdiri dari model Saga, Persona dan Exora dengan hanya 25 unit bagi setiap model akan disediakan.

Di dalam satu kenyataan di sini, pengeluar kereta nasional itu berkata, bagi pertama kali, ia akan turut memperkenalkan warna badan Putih Mutiara yang ekslusif kepada kereta peringatan itu.

Kereta berkenaan akan diperkasakan dengan tema Harimau dan disertakan dengan reka bentuk rim aloi yang unik, melambangkan jalur harimau, tempat duduk kulit Napa serta logo ulang tahun ke-25 ditekap pada penyandar kepala.

Edisi ulang tahun itu ditetapkan berharga RM54,500 (Saga), RM69,500 (Persona) dan RM91,998 (Exora) di atas jalan, yang berserta insurans.

Tiada ulasan: