Hanya tinggal cerita kerana tembok penjara pudu yang dikata mempunyai tembok lukisan yang terpanjang di dunia telah dirobohkan |
Selepas berdiri teguh selama 118 tahun, tembok Penjara Pudu di sini akhirnya diruntuhkan oleh para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tepat jam 10 malam 21 jun 2010
Kerja-kerja merobohkan tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 398 meter itu dijangka mengambil masa empat hari.
Peristiwa tersebut turut menarik perhatian ratusan warga kota dengan ada di antara mereka mengambil gambar kenang-kenangan sebelum tembok itu dirobohkan.
Penjara Pudu dibangunkan selama empat tahun dan siap pada 1895 manakala projek pembinaan tembok itu selesai pada 1892.
Lukisan pada tembok penjara pudu ini dikatakan adalah lukisan TERPANJANG DI DUNIA
Operasi meruntuhkan keseluruhan Penjara Pudu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu.
Selepas itu, kawasan penjara seluas 7.6 hektar itu akan dibangunkan menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) oleh Uda Holdings Berhad.
Projek itu membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion.
Ada beberapa pihak melarang tembok itu diruntuhkan kerana ia satu peningalan sejarah dan sepatutnya mwnjadi tapak warisan
Namun Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin berkata Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang boleh banggakan oleh Malaysia
Awang Adek menjelaskan bahawa kerajaan telah mengkaji perkara itu dan memutuskan bahawa Penjara Pudu bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan sebagai sebuah tapak warisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan