Nuffnang Ads
14 Julai 2010
10 Mafia Berpengaruh Di Dunia
1.Russian Mafia
Russian Mafia yang berakar di Russia ini memiliki pengaruh di seluruh dunia. Organisasinya diwakili oleh 100,000 hingga 500,000 anggota. Mereka terlibat dalam berbagai jenayah terancang di negara-negara seperti Israel, Hungary, Spain, Canada, UK, US, Russia dan banyak lagi. Mereka juga berpindah ke Israel, Amerika, dan Jerman dengan menggunakan identiti rakyat Jerman atau Yahudi. Aktiviti mereka meliputi perdagangan dadah dan senjata api, pengeboman, penyelundupan, pornografi, penipuan internat dan lain-lain lagi. Salah satu peraturan mereka adalah "tidak akan bekerja sama dengan pihak berkuasa". Jika ada anggota yang membocorkan maklumat ketika ditahan oleh pihak polis, mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Organisasi ini ditakuti kerana akan membunuh sesiapa sahaja dengan apa jua sebabnya.
2. Sicilian and American Cosa Nostra
Sicilian and American Cosa Nostra boleh dikatakan sebagai kumpulan yang masih baru. Mafia ini ditubuhkan pada suku kedua abad ke-19 di Itali. Walaupun masih berusia "muda", mafia ini memiliki kemampuan yang hebat dalam melaksanakan jenayah besar dan mampu meloloskan diri. Aktiviti mereka meliputi perlindungan ahli, perdagangan dadah dan senjata. Anggota mafia ini hanya sedikit, berjumlah antara 3,000 hingga 4,000 orang. Namun, anggota-angota mafia ini biasanya berpakatan dengan pihak-pihak lain diluar kumpulan mereka. Anggota organisasi biasanya harus menyelesaikan satu tugas yang diberikan kepadanya sebelum diterima masuk, selalunya mereka akan ditugaskan untuk membunuh seseorang bagi membuktikan kelayakannya. Setiap anggota organisasi harus mengikuti peraturan untuk tidak membocorkan mengenai organisasi
3. Colombian Drug Cartels
Colombian Drug Cartels ditubuhkan bagi mengawal perdagangan dadah. Organisasi ini beroperasi di banyak negara. Organisasi ini juga memiliki banyak sokongan dengan dunia politik, tentera dan golongan elite secara rahsia. Kumpulan kartel utama yang ada di Colombia diantaranya adalah the Cali Cartel, Medellin Cartel dan the Norte del Valle Cartel. Organisasi ini juga terlibat dalam berbagai jenayah penculikan dan pengganas.
4. Chinese Triads
Chinese Triads terdiri dari berbagai organisasi jenayah yang bertumpu di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapore, dan selainnya. Mereka juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle, Vancouver dan juga San Fransisco. Aktiviti jenayah mereka meliputi perompakan, pembunuh upahan, pedagangan dadah, pemerasan, lintah darat dan banyak lagi. Organisasi ini bermula pada abad ke-18 dan asalnya bernama Tian Di Hui. Walaupun kekuatan organisasi ini terus meningkat, namun jenayahnya semakin berkurang. Organisasi ini setidaknya memiliki 30,000 anggota aktif. Organisasi ini juga terlibat dalam pemalsuan mata wang China.
5. Japanese Yakuza
Japanese Yakuza adalah kumpulan organisasi jenayah yang berasal dari Jepun, sering menggunakan ancaman dan pemerasan bagi mencapai tujuan mereka. Organasasi ini dipercayai ditubuhkan sejak abad ke-17. Jari kelingking yang dipotong merupakan tanda keanggotaan organisasi ini. Kadang-kala pemotongan jari adalah sebagai tawaran kepada pemimpin kumpulan sebagai tanda permohonan maaf. Sebahagian anggota mafia ini memiliki tatu di seluruh bahagian badan. Mafia ini memiliki sekurangnya 110,000 anggota aktif yang berasal dari 2,500 keluarga. Aktiviti mereka meliputi perlindungan terhadap kumpulan, pengimport material pornografi yang tidak ditapis dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan pendatang asing.
6. Mexican Mafia
Mexican Mafia merupakan kumpulan dalam penjara yang sangat kuat di Amerika Syarikat. Kumpulan mafia ini ditubuhkan pada akhir 1950-an bagi melindungi para tahanan (anggota kumpulan) dari tahanan lainnya atau dari petugas penjara. Kumpulan ini terlibat dalam aktiviti pemerasan dan perdagangan dadah. Sehingga kini organisasi ini setidaknya memiliki 30.000 anggota di seluruh Amerika Syarikat. Anggota kumpulan ini biasanya menunjukkan tatu yang serupa iaitu bendera Mexico di atas lingkaran dan pisau bersilang yang terbakar. Dilaporkan bahawa terdapat 150 anggota yang berada di dalam penjara yang memiliki kuasa untuk memerintahkan pembunuhan dan terdapat tidak kurang 2.000 kumpulan di luar penjara yang bersiap sedia untuk melaksanakan perintah tersebut. Mereka jua memaksa kumpulan lain yang lebih lemah untuk membayar wang perlindungan, bagi yang menolak akan dibunuh
7. Israeli Mafia
Israeli Mafia beroperasi di banyak negara dengan pelbagai aktiviti seperti perdagangan narkotik dan dadah serta perlacuran. Dahulu mafia ini dihormati dan dikenali kerana perlindungannya, namun sekarang dikenali sebagai sangat bengis dan tidak akan berfikir dua kali untuk melakukan pembunuhan. The Russian-Israeli Mafia telah memasuki ke dalam seluruh bahagian sistem politik di Amerika Syarikat.
8. The Serbian Mafia
The Serbian Mafia beroperasi lebih dari 10 negara, termasuk Jerman, Amerika Syarikat, England, dan Perancis. Mereka terlibat dalam berbagai aktiviti seperti perdagangan dadah, penyeludupan, pembunuhan, perlindungan jaringan, perjudian, dan pencurian informasi. Mafia ini memiliki oleh kumpulan utama disebut Vozdovac, Surcin and Zemu yang akan mengatur kumpulan yang lebih kecil. 30-40% kumpulan mafia ini berada di Serbia.
9. The Albanian Mafia
The Albanian Mafia terdiri dari kumpulan organisasi kriminal yang bertapak di Albania. Kumpulan mafia ini juga aktif di Amerika Syarikat dan di negara-negara Eropah. Dilaporkan bahawa The Albania Mafia telah melebarkan jaringannya hingga ke peringat antarabangsa sejak tahun 1980-an lagi. Jenayah yang dilakukan di Albania sendiri bermula sejak abad ke-15. Di Amerika Syarikat dan England, organisasi ini memiliki jaringan perdagangan dadah dan seks. Mereka dikenali mudah untuk melakukan kekerasan sebagai membalas dendam atau sebagai ancaman.
10. Jamaican - British Yardies
Jamaican-British Yardies adalah kumpulan berasal dari Jamaica yang berpindah ke England pada tahun 1950-an. Mereka terlibat dalam berbagai bentuk kekerasan berkumpulan dan dikenali sebagai Yardies. Mereka juga mengatur organisasi jenayah seperti perdagangan ubatan terlarang dan berbagai jenayah bersenjata lainnya. Kelompok mafia ini belum mencuba untuk memasuki sistem perhukuman, oleh kerana itu Yardies dianggap kurang berpengaruh berbanding kumpulan mafia lain. Dalam setiap jenayahnua, kumpulan ini menggunakan senjata api, yang merupakan senjata yang dikawal ketat oleh kerajaan British.
Label:
berpengaruh,
dunia,
info,
mafia,
menarik di sini,
pengetahuan,
polis,
world cup 2010 award
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan