Nuffnang Ads

14 Julai 2010

Jawatan Kosong Tnb

Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, mempelawa graduan-graduan yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai:


JURUTEKNIK (SENGGARAAN AWAM)


Kelayakan:
  • Memiliki Sijil Kejuruteraan Awam dari Politeknik atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0
                                                              dan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris.
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Berdaya harap dan boleh mempelajari teknologi baru berkaitan project software.
  • Mempamerkan semangat kerja berpasukan yang tinggi dan memiliki kecekapan komunikasi (interpersonal)  yang baik.
  • Memiliki Sijil Pelukis Pelan merupakan satu kelebihan.


Tugas & Tanggungjawab:
  • Merancang dan mengawasi kerja-kerja senggaraan dan pembaikan.
  • Menyelia perlaksanaan projek dan kerja-kerja pembaikan.
  • Menjalakan tugas-tugas senggaraan bangunan.
  • Menggunakan technical software seperti AUTOCAD dan project management software.
  • Membuat lukisan teknik seperti pelan bangunan dan kerja-kerja awam menggunakan AUTOCAD atau perisian teknikal.
  • Menyediakan Bil of Quantity atau spesifikasi projek.
  • Memastikan semua tugas yang diarahkan oleh Penyelia dilaksanakan dengan cekap dan bertanggungjawab.


JURUTEKNIK (MULTIMEDIA)

Kelayakan:

  • Memiliki Sijil Teknologi Maklumat & Multimedia dari Politeknik atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0
                                                          dan

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris.
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Mahir mengendalikan sistem audio
  • Mahir dalam video/photo shooting
  • Mahir mengendalikan video camera serta alat bantuan mengajar


Tugas & Tanggungjawab:

  • Mengendalikan peralatan AVA/Video/kamera untuk sebarang majlis/kursus
  • Mengendalikan kerja-kerja peyuntingan video/gambar bagi sebarang majlis/kursus yang telah dijalankan
  • Mengendalikan kerja-kerja rekabentuk pengajaran bagi kursus-kursus di ILSAS
  • Menyelia sebarang projek multimedia yang dijalankan oleh pihak ketiga
  • Mengendalikan kerja-kerja senggaraan dan pembaikan peralatan multimedia
  • Memastikan permintaan pelanggan diberi maklumbalas dengan segera.
  • Memastikan semua tugas yang diarahkan oleh Penyelia dilaksanakan dengan cekap dan bertanggungjawab.








 Penempatan:

                Calon-calon berjaya akan ditempatkan di :

TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd.– ILSAS,
Jalan IKRAM-UNITEN, Karung Berkunci 205,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan



Cara Memohon:




  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:


Pengurus Besar
Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Sumber Manusia
Tingkat 9, Bangunan Ibu Pejabat TNB
129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur


  • Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda.


  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Julai 2010. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Tiada ulasan: