Nuffnang Ads

20 Julai 2010

Tips-Tips Membeli notebook



Putuskan untuk apa Anda membeli notebook.
Notebook di pasaran bervariasi mereka dan kemampuannya.
Sebagian design dengan higher dan teknologi dan sebagian di design untuk budget.
Pada umumnya notebook dapat dibagi menjadi 3 kategori:

1. Bisnes Notebook: biasanya dirancang bagi bisnisman dan pengusaha, kunci fitur yang diberikan adalah ukuran yang portable atau mudah dibawa-bawa, dan saftey yang baik. zaman sekarang sudah tidak aneh lagi apabila akses notebook dilindungi dengan cap jari.

2. Pelajar / Budget Notebook: notebook dengan harga yang murah dan terjangkau, biasanya ukuran terkadang agak besar dan berat, dan fitur yang ditawarkan umumnya bukan yang terbaru dan terkini.

3. Gaming Notebook: Pada umumnya gaming notebook datang dengan ukuran yang agak besar di mana layar monitor berukuran sekitar 15 inci ke atas. Dan tidak jarang pula kalau sedikit berat. Kunci fitur yang ditawarkan adalah kemampuan processor (CPU) dan video (VGA) card yang baik. Harga notebook gaming pada umumnya cukup tinggi tetapi bila Anda berpikir bahwa faktor gaming sangatlah penting, mungkin notebook ini adalah yang cocok untuk Anda

Pastikan Anda mengenal spesifikasi notebook yang Anda inginkanKetahuilah teknologi notebook yang ada di pasaran. Apabila kata-kata seperti Core duo, Centrino , Pentium4 dan Pentium Celeron sudah umum bagi Anda, maka Anda setidaknya sudah memiliki pengetahuan dasar mengenai teknologi notebook.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa hampir semua notebook tidak dapat diganti video (VGA) card dan prossesor (CPU)nya, maka dari itu sangat penting bagi Anda untuk memastikan terlebih dahulu spesifikasi notebook yang sesuai dengan Anda. Berikut di bawah ini adalah faktor-faktor yang perlu Anda ketahui:


Faktor processor (CPU)Kecepatan bekerja sebuah komputer ditentukan oleh dua faktor:

1. Kecepatan CPU (diukur berdasarkan GigaHZ / Ghz). Umumnya semakin tinggi GigaHz Anda, maka akan semakin cepat pula kemampuan bekerja komputer Anda, misal CPU 3 Ghz akan lebih cepat daripada CPU 2 Ghz. Perhatikan tipe CPU Anda. Semakin baru teknologinya, semakin cepat pula CPU Anda bekerja, contohnya Pentium4 3.0 Ghz mempunyai kemampuan bekerja sama cepatnya dengan Pentium Centrino 1.3 Ghz. Teknologi-teknologi terbaru seperti Pentium Centrino, Pentium M dan Core duo mempunyai kelebihan untuk bekerja dengan cepat dan lebih efisien dalam mengkonsumsi baterai.

2. Banyaknya memori (RAM). RAM bukan menjadi masalah yang penting dalam memilih komputer. Bila tersedia ruangan (slot) yang kosong, Anda dapat menambahkan jumlah RAM Anda.

Faktor video (VGA) cardBila Anda ingin bermain game (gaming notebook), hindari membeli notebook yang mempunyai onboard VGA card (Intel GMA card adalah keluarga VGA card onboard yang paling umum). Janganlah terbuai oleh jumlah memori yang ditawarkan. 256 / 512 MB tidak ada artinya apabila VGA card anda bertipe onboard. Pilihlah notebook yang mempunyai VGA Card seperti ATI atau Radeon.

Faktor ukuranUkuran notebook biasanya dikelompokan berdasarkan besar-kecilnya layar monitor notebook. Yang paling umum beredar di pasaran adalah notebook yang berukuran sekitar 12 – 17 inci. Notebook-notebook yang berukuran lebih kecil pada umumnya lebih cocok dipakai oleh mereka yang sering berpergian. Notebook-notebook yang berbadan bongsor pun mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri, yang mana umumnya menawarkan spesifikasi mesin yang lebih baik, dan layar yang lebih besar. Notebook-notebook seperti ini sering dikenal dengan nama desktop replacement atau notebook penganti PC, biasanya notebook-notebook gaming pun masuk ke kategori ini.

Banyak yang bilang bahwa harga tidaklah berbohongNotebook-notebook higher-end atau bermerk seperti Sony dan Fujitsu menawarkan produknya dengan harga sedikit lebih mahal dibandingkan dengan merk yang lain, walaupun spesifikasi yang ditawarkan di dalam notebook hampir sama. Biasanya notebook-notebook bermerk menawarkan kelebihan-kelebihan, seperti design yang lebih baik, lebih tahan lama, garansi lebih panjang, dan sebagainya. Contohnya; notebook Sony VIAO menekankan produknya dengan memiliki design yang menarik dan lebih langsing.

Pentingnya garansi Terkadang orang suka lupa akan pentingnya garansi. Komputer merupakan salah satu barang elektronik yang cepat rusak. Apabila notebook kompter Anda rusak, janganlah kaget jika maka Anda harus merogok kantong yang cukup dalam. Pada umumnya tipe garansi yang ada di Indonesia ada dua, yaitu garansi toko dan garansi resmi dealer. Bagi Anda yang sering bepergian khususnya ke luar negeri, berhati-hatilah terhadap garansi toko. Pada umumnya perusahaan ternama seperti Toshiba ,Sony, Acer, dan lainnya memberikan garansi di seluruh dunia. Yang perlu Anda lakukan adalah pergi ke cabang-cabang service center terdekat.

Hisap Puting Buat Gigi Jongang



sekadar gambar hiasan

SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan.

Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.

Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.

“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari.

“Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.

“Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya.

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.

Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

“Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).

Tiga tahap jongang

“Secara umum terdapat dua keadaan jongang iaitu gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite,” kata Norlian.

Tahap keadaan gigi-gigi sebelah atas dan sebelah bawah yang mempunyai hubungan yang tidak normal ini dibahagikan kepada maloklusi kelas I, II dan III.

“Maloklusi kelas I merupakan satu keadaan gigi atas berselisih dengan gigi bawah pada paras normal iaitu dua hingga empat mm tetapi gigi tidak teratur, sesak ataupun jarang. Ia tidak melibatkan rahang dan ramai yang mengalaminya,” katanya.

Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os.

Jongang jenis ini bertambah teruk jika bibir bawah terperangkap di belakang gigi atas atau bibir atas seseorang itu agak pendek dan tidak dapat mengawal posisi gigi atas.

Mak Nyah Africa 18SX..





19 Julai 2010

Hak Anda Sebagai Pembeli Rumah



Tahukah anda bahawa anda layak menuntut gantirugi sebanyak 10% drpd harga rumah jika Pemaju anda lewat siapkan rumah anda?

Tahukah anda bahawa anda juga layak menuntut gantirugi daripada Pemaju jika Pemaju lambat dapatkan CFO rumah anda?

Tahukah anda Pemaju kena siapkan rumah anda dlm masa 24 bulan, jika tidak, anda berhak tuntut gantirugi daripada Pemaju.

Tahukah anda, walaupun rumah anda dah siap, kunci dah dapat dan CFO pun dah dapat, anda masih lagi layak menuntut gantirugi daripada Pemaju jika rumah anda tak siap dlm masa 24 bulan..

Tahukah anda bahawa Pemaju kena baiki kerosakan rumah anda dengan kos Pemaju sendiri selama 24 bulan daripada tarikh serah kunci? Jika tidak, anda layak tuntut gantirugi terhadap Pemaju anda…

Tahukah anda Pemaju hanya boleh serah kunci rumah anda jika rumah anda telah disahkan siap oleh Arkitek dan Pemaju sudah memohon mendapatkan CFO? Jika tidak anda layak tuntut gantirugi terhadap Pemaju..BERAPA BANYAK BOLEH TUNTUT? 10% DARIPADA HARGA RUMAH !! BANYAK KAN?

Bagi Yang Gila Main Bowling

Bagi sesiape yang minat main bowling sila lihat gambar dibawah..tidak salah bermain bowling tapi jangan main bowling dengan memakai cicin...



18 Julai 2010

Filem Facebook Bakal Muncul

Filem Facebook yang bakal mucul di pawangam



Mungkin semua sudah ketahui yang mana laman sosial yang paling popular pada masa kini, iaitu Facebook bakal difilemkan asal-usulnya dan akan menemui para pengguna seluruh dunia pada bulan Oktober kelak. Menariknya, setelah sekian lama dinantikan, trailer pertama filem tersebut mula kelihatan.

Ianya dikatakan yang mana filem tersebut bakal memperlihatkan kisah dibelakang pembangunan Facebook sehinggalah pencapaiannya pada masa kini, dimana hampir 500 juta orang pengguna seluruh dunia menggunakannya.

Pada masa yang sama, Facebook juga kini merupakan laman sosial yang paling popular di Malaysia, dengan hampir 7 juta pengguna Malaysia yang menggunakannya.

Serangan Jerung Di dubai





17 Julai 2010

Penjaga Gol yang bukan tangkap bola













>>berhati-hatilah penjaga gol pastikan benda mcm nie tak berlaku...huhuhuhuhu



Paket Gula terbaru mengelakan kencing manis

Kerajaan telah mengumukan menaikan harga gula mungkin untuk mengurangkan pergantungan subsidi negara dan mungkin juga untuk mengelakan rakyat dijangkit kencing manis,
Oleh itu kerajaan dicadangkan mengubahsuai imej pada paket gula spt di kotak rokok












16 Julai 2010

Seks adalah Multivitamin



Bagi yang sudah berkhawin jer..yang belum tue pepaham jer la..

Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak “obat sakit kepala” yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.

Bukan rahsia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualitas kesehatan Anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga Ahli Saraf di Royal Edinburgh Hospital,David Weeks,mengatakan bahwa melakukan hubungan seks dalam porsi cukup boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda.

Oh ya, seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu Anda menjadi lebih rileks dan mengurangi beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, yakni hormon yang boleh menciptakan perasaan enak dalam otak.

Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur ternyata boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sampai 30%.

Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari efek-efek penuaan dan memberi efek mengantuk. Dengan demikian, Anda boleh terhindar dari penyakit flu dan masuk angin tanpa harus tergantung pada obat dan jamu-jamuan.

Dengan takdir Tuhan, Anda boleh panjang umur berkat hubungan seks.

Percaya atau tidak, setelah melakukan study lebih dari 10 tahun di negara bagian Welsh, Inggris, Profesor dari Bristol University , Shah Ebrahim mengatakan bahwa seks dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung atau stroke.

Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih sehat daripada jogging.

Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, berarti Anda memperoleh ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, Anda akan merasa lebih sehat dan bahagia.

Mungkin Anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, berarti anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh menembus daerah-daerah “mati” ketika malakukan seks, sehingga daerah-daerah itu boleh diperbarui. Dengan melakukan hubungan seks, berarti Anda merangsang regenerasi sel-sel dalam tubuh Anda sendiri.

Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka Anda akan semakin romantis. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya.

Dengan demikian, hubungan cinta Anda boleh dikatakan relatif aman damai.

KHASIAT PELUK ISTERI

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan ummatnya berkahwin… :-))

15 Julai 2010

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini



Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

- Diesel - RM1.75 seliter.

- Gula - RM1.70 sekilogram

- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

What Have in Google




Google sebagai Search Engine No.1 di dunia memang sangat tepat, karena memang google menyediakan pengunjung nya dengan menyediakan banyak fasilitas-fasilitas yang lain.
Berikut hasil dari menjelajahi situs google sebagai Search Engine No.1 di dunia yang ternyata di situs google terdapat juga beberapa halaman yang mungkin banyak orang belum mengetahuinya.

1. Gunakan Browser Internet Explorer.
- Buka www.google.com, lalu ketikkan “Google Rotated”, terus klik tombol “Saya Lagi Beruntung” atau “I’m Feeling Lucky”, maka anda akan dibawa ke halaman google dengan tampilan miring.

2. Buka “http://www.google.com/plex/index.html
Disitu anda mendapatkan foto-foto tentang suasana kantor google dan kegiatan apa saja yang dilakukan oleh karyawan google.

3. Buka http://www.google.com/mentalplex/
Anda bisa melihat kegunaan google mentalplex di http://www.google.com/mentalplex/MP_faq.html

4. Google ternyata tidak hanya mempunyai nama domain www.google.com, tetapi juga mempunyai domain dengan nama lain dengan tampilan dan fungsi seperti www.google.com.
Domain tersebut adalah :

http://www.busytonight.com/

http://www.020313.com/

5. Buka “http://www.google.com/moms/
Google at Mother’s Day dengan topik tentang “A Tribute to Our Moms”

6. Buka “http://www.google.com/help/cheatsheet.html
Informasi Cheat dalam menggunakan Google.

7. Buka “http://www.google.com/mars/
Google berada di planet Mars

8. Buka “http://www.google.com/moon/
Google berada di Bulan

9. Buka “http://www.google.com/googlegulp/
Produk minuman yang ditawarkan oleh google.

10. Buka “http://www.google.com/dilbert.html
Terdapat Cartoon Dilbert Google

11. Buka “http://www.google.com/holidaylogos.html
Terdapat Gambar-gambar logo Google pada waktu hari libur.

12. Buka “http://www.google.com/customlogos.html
Terdapat Gambar-gambar logo google untuk Fans Google.

13. Buka “http://www.google.com/jobs/britney.html
Google ternyata mainan keyword “britney spears”

14. Buka “http://www.google.com/corporate/history.html
Terdapat History dari prestasi Google.

15. Buka “http://www.google-store.com/
Ternyata Google juga mempunyai toko yang menjual accesories.

dan apa yang menarik sekarang adalah google sedang merangcang untuk memnyediakan web sosial yang dikatakan bakal menyangi dengan facebook  kita tunggu dan lihat adakah google dapat menyangi facebook yang mempunyai jutaan peminat

Paul Sotong Peramal kini di iphone



 Sotong kurita yang dipercayai sesetengah pihak mempunyai keupayaan psikik, Paul, susulan ketepatannya meneka perlawanan Piala Dunia 2010 baru-baru ini kini dibangunkan sebagai aplikasi telefon pintar, iPhone.

Pembangun perisian Brazil dikenali uTouchLabs, mengambarkan ia adalah aplikasi yang mempunyai keupayaan melucukan apabila secara rawak memilih antara dua pilihan. Iaitu sama ada menonton wayang atau teater? Pizza atau sushi? dan pelbagai lagi yang mana soalan boleh diajukan kepada sotong kurita berkenaan.
Pengguna perlu menaip dalam ruangan pilihan dan kartun sotong kurita berkenaan akan membuat pilihan. - AFP

14 Julai 2010

10 Mafia Berpengaruh Di Dunia




1.Russian Mafia

Russian Mafia yang berakar di Russia ini memiliki pengaruh di seluruh dunia. Organisasinya diwakili oleh 100,000 hingga 500,000 anggota. Mereka terlibat dalam berbagai jenayah terancang di negara-negara seperti Israel, Hungary, Spain, Canada, UK, US, Russia dan banyak lagi. Mereka juga berpindah ke Israel, Amerika, dan Jerman dengan menggunakan identiti rakyat Jerman atau Yahudi. Aktiviti mereka meliputi perdagangan dadah dan senjata api, pengeboman, penyelundupan, pornografi, penipuan internat dan lain-lain lagi. Salah satu peraturan mereka adalah "tidak akan bekerja sama dengan pihak berkuasa". Jika ada anggota yang membocorkan maklumat ketika ditahan oleh pihak polis, mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Organisasi ini ditakuti kerana akan membunuh sesiapa sahaja dengan apa jua sebabnya.





2. Sicilian and American Cosa Nostra
 Sicilian and American Cosa Nostra boleh dikatakan sebagai kumpulan yang masih baru. Mafia ini ditubuhkan pada suku kedua abad ke-19 di Itali. Walaupun masih berusia "muda", mafia ini memiliki kemampuan yang hebat dalam melaksanakan jenayah besar dan mampu meloloskan diri. Aktiviti mereka meliputi perlindungan ahli, perdagangan dadah dan senjata. Anggota mafia ini hanya sedikit, berjumlah antara 3,000 hingga 4,000 orang. Namun, anggota-angota mafia ini biasanya berpakatan dengan pihak-pihak lain diluar kumpulan mereka. Anggota organisasi biasanya harus menyelesaikan satu tugas yang diberikan kepadanya sebelum diterima masuk, selalunya mereka akan ditugaskan untuk membunuh seseorang bagi membuktikan kelayakannya. Setiap anggota organisasi harus mengikuti peraturan untuk tidak membocorkan mengenai organisasi

3. Colombian Drug Cartels

Colombian Drug Cartels ditubuhkan bagi mengawal perdagangan dadah. Organisasi ini beroperasi di banyak negara. Organisasi ini juga memiliki banyak sokongan dengan dunia politik, tentera dan golongan elite secara rahsia. Kumpulan kartel utama yang ada di Colombia diantaranya adalah the Cali Cartel, Medellin Cartel dan the Norte del Valle Cartel. Organisasi ini juga terlibat dalam berbagai jenayah penculikan dan pengganas.

4. Chinese Triads

Chinese Triads terdiri dari berbagai organisasi jenayah yang bertumpu di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapore, dan selainnya. Mereka juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle, Vancouver dan juga San Fransisco. Aktiviti jenayah mereka meliputi perompakan, pembunuh upahan, pedagangan dadah, pemerasan, lintah darat dan banyak lagi. Organisasi ini bermula pada abad ke-18 dan asalnya bernama Tian Di Hui. Walaupun kekuatan organisasi ini terus meningkat, namun jenayahnya semakin berkurang. Organisasi ini setidaknya memiliki 30,000 anggota aktif. Organisasi ini juga terlibat dalam pemalsuan mata wang China.

5. Japanese Yakuza


Japanese Yakuza adalah kumpulan organisasi jenayah yang berasal dari Jepun, sering menggunakan ancaman dan pemerasan bagi mencapai tujuan mereka. Organasasi ini dipercayai ditubuhkan sejak abad ke-17. Jari kelingking yang dipotong merupakan tanda keanggotaan organisasi ini. Kadang-kala pemotongan jari adalah sebagai tawaran kepada pemimpin kumpulan sebagai tanda permohonan maaf. Sebahagian anggota mafia ini memiliki tatu di seluruh bahagian badan. Mafia ini memiliki sekurangnya 110,000 anggota aktif yang berasal dari 2,500 keluarga. Aktiviti mereka meliputi perlindungan terhadap kumpulan, pengimport material pornografi yang tidak ditapis dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan pendatang asing.

6. Mexican Mafia


Mexican Mafia merupakan kumpulan dalam penjara yang sangat kuat di Amerika Syarikat. Kumpulan mafia ini ditubuhkan pada akhir 1950-an bagi melindungi para tahanan (anggota kumpulan) dari tahanan lainnya atau dari petugas penjara. Kumpulan ini terlibat dalam aktiviti pemerasan dan perdagangan dadah. Sehingga kini organisasi ini setidaknya memiliki 30.000 anggota di seluruh Amerika Syarikat. Anggota kumpulan ini biasanya menunjukkan tatu yang serupa iaitu bendera Mexico di atas lingkaran dan pisau bersilang yang terbakar. Dilaporkan bahawa terdapat 150 anggota yang berada di dalam penjara yang memiliki kuasa untuk memerintahkan pembunuhan dan terdapat tidak kurang 2.000 kumpulan di luar penjara yang bersiap sedia untuk melaksanakan perintah tersebut. Mereka jua memaksa kumpulan lain yang lebih lemah untuk membayar wang perlindungan, bagi yang menolak akan dibunuh


7. Israeli Mafia


Israeli Mafia beroperasi di banyak negara dengan pelbagai aktiviti seperti perdagangan narkotik dan dadah serta perlacuran. Dahulu mafia ini dihormati dan dikenali kerana perlindungannya, namun sekarang dikenali sebagai sangat bengis dan tidak akan berfikir dua kali untuk melakukan pembunuhan. The Russian-Israeli Mafia telah memasuki ke dalam seluruh bahagian sistem politik di Amerika Syarikat.


8. The Serbian Mafia

The Serbian Mafia beroperasi lebih dari 10 negara, termasuk Jerman, Amerika Syarikat, England, dan Perancis. Mereka terlibat dalam berbagai aktiviti seperti perdagangan dadah, penyeludupan, pembunuhan, perlindungan jaringan, perjudian, dan pencurian informasi. Mafia ini memiliki oleh kumpulan utama disebut Vozdovac, Surcin and Zemu yang akan mengatur kumpulan yang lebih kecil. 30-40% kumpulan mafia ini berada di Serbia.


9. The Albanian Mafia


The Albanian Mafia terdiri dari kumpulan organisasi kriminal yang bertapak di Albania. Kumpulan mafia ini juga aktif di Amerika Syarikat dan di negara-negara Eropah. Dilaporkan bahawa The Albania Mafia telah melebarkan jaringannya hingga ke peringat antarabangsa sejak tahun 1980-an lagi. Jenayah yang dilakukan di Albania sendiri bermula sejak abad ke-15. Di Amerika Syarikat dan England, organisasi ini memiliki jaringan perdagangan dadah dan seks. Mereka dikenali mudah untuk melakukan kekerasan sebagai membalas dendam atau sebagai ancaman.


10. Jamaican - British Yardies

Jamaican-British Yardies adalah kumpulan berasal dari Jamaica yang berpindah ke England pada tahun 1950-an. Mereka terlibat dalam berbagai bentuk kekerasan berkumpulan dan dikenali sebagai Yardies. Mereka juga mengatur organisasi jenayah seperti perdagangan ubatan terlarang dan berbagai jenayah bersenjata lainnya. Kelompok mafia ini belum mencuba untuk memasuki sistem perhukuman, oleh kerana itu Yardies dianggap kurang berpengaruh berbanding kumpulan mafia lain. Dalam setiap jenayahnua, kumpulan ini menggunakan senjata api, yang merupakan senjata yang dikawal ketat oleh kerajaan British.

Jawatan Kosong Tnb

Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, mempelawa graduan-graduan yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai:


JURUTEKNIK (SENGGARAAN AWAM)


Kelayakan:
  • Memiliki Sijil Kejuruteraan Awam dari Politeknik atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0
                                                              dan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris.
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Berdaya harap dan boleh mempelajari teknologi baru berkaitan project software.
  • Mempamerkan semangat kerja berpasukan yang tinggi dan memiliki kecekapan komunikasi (interpersonal)  yang baik.
  • Memiliki Sijil Pelukis Pelan merupakan satu kelebihan.


Tugas & Tanggungjawab:
  • Merancang dan mengawasi kerja-kerja senggaraan dan pembaikan.
  • Menyelia perlaksanaan projek dan kerja-kerja pembaikan.
  • Menjalakan tugas-tugas senggaraan bangunan.
  • Menggunakan technical software seperti AUTOCAD dan project management software.
  • Membuat lukisan teknik seperti pelan bangunan dan kerja-kerja awam menggunakan AUTOCAD atau perisian teknikal.
  • Menyediakan Bil of Quantity atau spesifikasi projek.
  • Memastikan semua tugas yang diarahkan oleh Penyelia dilaksanakan dengan cekap dan bertanggungjawab.


JURUTEKNIK (MULTIMEDIA)

Kelayakan:

  • Memiliki Sijil Teknologi Maklumat & Multimedia dari Politeknik atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0
                                                          dan

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris.
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Mahir mengendalikan sistem audio
  • Mahir dalam video/photo shooting
  • Mahir mengendalikan video camera serta alat bantuan mengajar


Tugas & Tanggungjawab:

  • Mengendalikan peralatan AVA/Video/kamera untuk sebarang majlis/kursus
  • Mengendalikan kerja-kerja peyuntingan video/gambar bagi sebarang majlis/kursus yang telah dijalankan
  • Mengendalikan kerja-kerja rekabentuk pengajaran bagi kursus-kursus di ILSAS
  • Menyelia sebarang projek multimedia yang dijalankan oleh pihak ketiga
  • Mengendalikan kerja-kerja senggaraan dan pembaikan peralatan multimedia
  • Memastikan permintaan pelanggan diberi maklumbalas dengan segera.
  • Memastikan semua tugas yang diarahkan oleh Penyelia dilaksanakan dengan cekap dan bertanggungjawab.








 Penempatan:

                Calon-calon berjaya akan ditempatkan di :

TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd.– ILSAS,
Jalan IKRAM-UNITEN, Karung Berkunci 205,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan



Cara Memohon:




  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:


Pengurus Besar
Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Sumber Manusia
Tingkat 9, Bangunan Ibu Pejabat TNB
129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur


  • Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda.


  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Julai 2010. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.