Nuffnang Ads

08 Julai 2010

Pilihan Raya ke 13 Awal febuari 2011 ?




Membaca berita Utusan ini - seolah-olah saya dapat membaca apa yang tersimpan di dalam kota minda DS Najib. Menjanjikan duit raya kepada semua peneroka tanah rancangan Felda merupakan satu tanda atau signal awal bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir. Menjanjikan "satu kejutan" - DS Najib dilihat sudah boleh mencongak bilakah tarikh pilihanraya yang terbaik untuk melakar kejayaan dan kemenangan. Mungkin saya terlalu awal menghitung teka-teki ini. Namun demikian, pilihan raya Sarawak bisa sahaja dilakukan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang - kerana tempoh tamat rasminya adalah Jun 2011.

Kebiasaanya, pilihan raya Sarawak tidak akan menunggu sehigga saat-saat akhir, maka ramai pemerhati mengesyaki paling lewat, pilihan raya Sarawak akan diadakan pada awal tahun hadapan. Di sisi lain pula, ramai juga pemerhati politik percaya bahawa pilihan raya Sarawak akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-13, memandangkan iklim politik di Sarawak yang semakin berubah sejak DAP merampas kerusi parlimen Sibu baru-baru ini.

Bagi mengelakkan sentimen kekalahan BN yang mungkin agak banyak di Semenanjung daripada menular masuk ke Sarawak dan memberi kesan pengundian di sana. Maka, secara teorinya - pilihan raya perlu diadakan serentak, sekali gus mengurangkan kekuatan pembangkang dari segi tumpuan. Secara teknikalnya ia nampak sangat relevan dan objektif - namun tidak semestinya tepat. Jesteru itu - di bawah ini saya paparkan rasa hati,firasat dan cakap-cakap rakan UMNO saya baru-baru ini berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan.

1. Tarikh Pembubaran Parlimen : Penghujung Januari 2011

2. Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 : Awal Februari 2011

3. Hampir semua calon BN/UMNO yang menang dalam Pilihan Raya ke-12 dikekalkan, kerana DS Najib tidak mahu mengambil risiko kekalahan, seandainya memilih calon baharu yang kurang dikenali.

Walauapa pun alasannya. Untuk lebih tepat, kita harus menunggu ucapan dasar DS Najib di Perhimpunan Agung UMNO Oktober depan. Mungkin pada waktu itu - teka-teki Pilihan RayaUmum ke-13 bakal terjawab. Wallahualam.

kemalangan ngeri













Paul sotong peramal kini musuh german





Paul, sotong peramal telah menimbulkan kemarahan rakyat Jerman kerana berjaya juga meramalkan kemenangan Sepanyol ke atas Jerman awal pagi tadi.

Banyak tulisan-tulisan di Facebook dan Twitter meminta Paul dilepaskan, dipanggang, dibuat makanan laut dan ada yang ingin melontarkannya ke dalam kolam jerung. Begitulah marahnya mereka kepada Paul yang kini berada di Sea Life di Oberhausen. Mereka adalah rakyat Jerman dan penyokong Jerman.

Ada juga penyokong Jerman yang berkumpul di Berlin sambil menyanyikan lagu anti-Paul. Mereka juga meminta Paul dipecat dan dilepaskan Paul ke laut. Paul sebelum ini berjaya meramal enam perlawanan Jerman semasa Piala Dunia.

Cara Mengatasi Kesesakan Jalan Raya

huhu,,makin maju negera kita makin sesak jalan raya...Perjalan yang dekat pun boleh mengambil masa yang lama sebab jalam jem nak2 jalan ke bandar-bandar utama...tapi leh jadi modal masuk keje lmbt..huhuhu..ermm kat bawah nie ada jalan penyelesaian ...pilih yer yang mana yang dapat atasi kesesakan jalan raya,..






07 Julai 2010

10 Belia terkaya dan berjaya


Larry Page and Sergey Brin
Siapakah dua orang anak muda ini ya? Bagi sesiapa yang begitu mendalami dunia internet sudah tentu mengenali mereka.Aha..mereka lah dua anak muda yang telah mencipta Google suatu ketika dahulu dan sekarang menjadi salah satu Search Engine yang paling terkenal di dunia.Ketika berumur 24 tahun mereka telah mencipta Googledan telah berjaya sehingga sekarang.Dengan page rank yang mencapai 10 dan juga mempunyai lebih 1,000,000,000 visitor setiap bulan, sudah tentu income mereka pun cukup mengejutkan iaitu sebanyak $18.5 Billion Each.







Mark Zuckerberg
Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta Facebook yang menjadi kegilaan anak muda di Eropah khasnya dan merupakan salah satu lagi social networking site yang banyak memberi manfaat kepada pelayar web.Ketika umurnya 19 tahun pada tahun 2004 beliau sudah pun mempunyai income setahun sebanyak $700 juta.Cukup hebat bagi anak muda berumur 19 tahun bukan?Mempunyai seramai 155,000,000 visitorsetiap bulan sudah cukup membuktikan bahawa anak muda ini amat hebatberbanding anak muda lain yang banyak habiskan masa dengan sesuatu yang sia-sia.



Chad Hurley and Steve Chen
Ya..merekalah yang telah membuatkan para pengguna internet seluruh dunia gila dengan Video.Youtube yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi menjadi begitu popular sehinggakan ianya menjadi salah satu medium utama untuk para internet marketerseluruh dunia menjadikan video sebagai medium untuk mengiklan produkmereka dengan lebih berkesan lagi dan juga menambahkan trafik. Padaumur 28 dan 27, dua orang anak muda pada tahun 2005 ini telah menciptasebuah laman web yang amat popular sehingga mencecah 300,000,000 visitor sebulan.Pendapatan tahunan mereka adalah lebih kurang $60juta setahun.



Matt Mullenweg
Pada umurnya 19 tahun pada tahun 2005 beliau telah pun mampu tersenyum seperti wajah beliau.Beliau adalah pencipta CMS yang amat popular sekarang dan menjadi pilihan blogger di seluruh dunia iaitu Wordpress.Mendapatjumlah visitor sebanyak 150,000,000 setiap bulan sudah mampu membuatkandia tersenyum lebar dan berbangga dengan kejayaan beliau mendapatkira-kira $50 Million Revenue setiap tahun.





























Kevin Rose
Laman web beliau iaitu Diggmenjadi pilihan blogger di seluruh dunia bagi mendapatkan trafik yangtinggi dengan menjadikan button web ini begitu popular.Berusia 27 tahunketika beliau memulakan langkahnya,memang cukup muda untuk memulakansebuah projek yang amat menguntungkan beliau yang mana mendapat100,000,000 setiap bulan dan juga sebanyak $30 Million yearly revenue.









Tom Anderson
Anak muda yang agak macho ini merupakan salah seorang yang amat berjayapada umurnya 23 tahun ketika itu telah membangunkan laman web yangmenjadi kegilaan dan juga ketagihan anak muda di seluruh dunia danlaman web ini begitu kontroversi juga suatu ketika dahulu berikutankebebasan yang ada pada laman web ini.Myspace sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ianya sudah berada di hati setiappengguna internet.Bilangan visitor setiap bulan yang mencapai180,000,000 menjana pendapatan beliau setahun sebanyak $850 juta.













Pierre Omidyar
Inilah pembangun laman web Ebayyang membuatkan kita mengenali online shopping dengan lebih selamat danjuga menarik kerana keunikan laman web beliau yang menjadi sebuahgedung membeli belah secara online paling besar di dunia yang mana andaboleh mendapatkan apa sahaja barang disini dan membelinya secara onlinedengan berdasarkan bid untuk membeli barang anda.Umurnya baru 28 tahunketika membangunkan laman Ebay sekarang sudah pun mempunyai $7.8 billion revenue setahun dan tidak hairanlah laman web beliau mencapai sebanyak 54,000,000 setiap bulan atau mungkin lebih..





Jerry Yang & David Filo
Calon kelapan ini merupakan pesaing kepada calon pertama kita iaitu pencipta Google.Yahooadalah pesaing Google dimana kedua-dua laman web ini bersaing untukmendapat tempat di hati pengguna internet di dunia.Ketika umur mereka26 dan 28 tahun kedua mamat ni telah pun berjaya dengan kariermasing-masing.Pendapatan tahunan yang mencapai $6.7 Billion membuatkananak muda ini sukar lelap mata jika Yahoo tidak popular lagi sepertisekarang.800,000,000 visitor setiap bulan adalah pencapaian yang amatmengkagumkan dan menarik perhatian ramai orang atau mungkin juga lebih.






Blake Ross
Anda kenal dengan musang berapi paling popular?Mozilla adalah ciptaan beliau yang telah menarik ramai pengguna internet untuk menggunakannya sebagai pelayar web paling popular seterusnyamenumpaskan Netscape Navigatoryang begitu popular pada era nya.Ketika berusia 19 tahun pada tahun2003 sudah pun mendapat $100 juta setahun dan laman web beliau mendapatkira-kira 60,000,000 visitor setiap bulan.
Calon terakhir ini mungkin tidak ramai yang mengenali laman web beliau..tetapi beliau tetap popular.\






Beliau adalah pengasas laman web traker BitTorrent yang terbesar di Dunia iaitu ThePirateBay.Bittorent merupakan protokol kongsi-fail yang berkesan bagi membolehkanfail bersaiz besar dihantar dan diterima dengan mudah danpantas.Umurnya pada ketika itu adalah 24 tahun dan kini laman webbeliau sudah mempunyai 55,000,000 visitor sebulan dan juga mempunyaipendapatan tahunan sebanyak $12 juta.








06 Julai 2010

Keluaran Proton Terbaru Mengatikan Proton Waja

adakah ini waja yg baru??

ini adalah berita terkini daripada Bahagian Komunikasi Korporat Proton sendiri memberitahu bahawa telah ada satu MOU terbaru antara Proton dan Mitsubishi. Perjanjian tersebut bagi mengeluarkan model baru replacement Waja sekarang dengan model Mitsubishi Lancer 2.0 secara konsep "produk berlesen".

Menurut sumber, Mitsubishi akan hentikan penjualan model Lancer di Malaysia mulai 2010 memandangkan kurang sambutan sebab persaingan drp model Honda Civic dan Toyota Altis yang lebih menjadi pilihan utama pembeli.

Model Lancer ini menggunakan enjin MIVEC 2.0 dan akan ditukar logo/rebadge sebagai Proton Waja 2.0 yang baru pada awal tahun 2010 nanti dengan harga atas jalan lingkungan RM80 ribu yang begitu berbaloi memandangkan harga Lancer sekarang hampir RM120 ribu.

Blog automotif Paultan.org turut memberi ulasan lanjut berkenaan model terbaru yang bakal dikeluarkan oleh Proton ini.

Menarik tentang waja

* dikatakan menyerupai model Mitsubishi Lancer 2.0GT.
* ada pula spekulasi yang menyatakan ia merupakan model rebagde dari Lancer 2.0GT.
# menurut satu sumber, staff Proton memberitahu bahawa tahun 2010 merupakan tahun untuk pengeluaran model gantian Waja & Perdana.. di mana, model-model ini akan dibekalkan dengan enjin Campro Tubro..
# parts untuk model Waja 2010 juga telah pun tiba di Proton Parts Center, dan kini menunggu proses produksinya..
# dianggarkan model Waja 2010 akan dipasarkan dengan harga sekitar RM80,000 hingga RM85,000..
spyshot Waja 2010.

05 Julai 2010

Parlimen dibubarkan 2010???


Pilihanraya September nie...

Tajuk jer bikin gempak..hehe..walhal hanyalah analisis pakar politik

Keputusan kerajaan secara tiba-tiba untuk meningkatkan peruntukan untuk kawasan-kawasan mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.

Sarjana politik James Chin percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengambil tindakan itu selepas mengumumkan prestasi ekonomi untuk suku tahun kedua.

"Ia pasti suatu masa sebelas Semptermbe kerana Najib perlu (dokongan) pertumbuhan yang kukuh daripada suku tahun kedua," kata James yang kini mengajar di sebuah universiti swasta.

"Kalau (pilihan raya diadakan) tahun depan, ketika itu Najib tidak boleh lagi mengawal ekonomi," katanya.

Beliau menambah, Najib bakal berdepan dengan bahaya kita berlakunya kemelesatan ekonomi global yang kedua.. Sumber malaysiakini

Walaupape pun sesiape yang masih belum mendaftar menjadi pengundi silalah berdaftar dengan segera agar tidak terlepas memilih pemimpin negara..hehehe

Apapun mengikut sumber belia bukan melayu lebih ramai telah mendaftar menjadi pengundi berbanding dengan belia melayu..ayuh jadi amik mudah marilah kira berdaftar sebagai pengundi yang sah..hehehe

29 Jun 2010

Facebook

Facebook antara laman web soSIAL yang top bak kata mawi kira WORLD la...bermula pada tahun 2003 iaitu pada ketika itu ia dicipta hanya untuk penuntut university stanford  pada tahun 2004 dibuka kepada university lain pada tahun 2005 dibuka pada penutut sekolah dan dibuka kepad umum  pada tahun 2006 iaitu bermula dengan umur 13 tahun keatas..

Antara perubahan muka depan ataupun interface

Pada tahun 2004
2004

Pada tahun 2006

2006

Pada tahun 2007

2007


Pada tahun 2009

2009

Pada tahun 2010
2010

Sesiapa yang masih belum lagi mendaftar sila lah ke laman web facebook iaitu http://www.facebook.com/

sign up

Dan bagi sesape dah ada akaun facebook add lah aku
Muhammad Amin

Reka Lencana Anda

24 Jun 2010

Ariel disahkan suspek video lucah


JAKARTA: POLIS Indonesia hari ini secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu.
Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum,” katanya kepada portal detikhot.com hari ini.
Tambah pegawai polis itu lagi selain Ariel, dua wanita yang dikaitkan dengannya iaitu model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan. Setakat ini kedua-dua wanita itu hanya akan dipanggil sebagai saksi.“Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu,” katanya.
Portal hiburan itu melaporkan, Ariel dan dua artis wanita itu akan menjalani ujian forensik hari ini yang akan dilakukan oleh lima pegawai perubatan.

Brigidier Jeneral Polis, Mussaddeq berkata, ketiga-tiga artis itu akan menjalani tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan pada organ tubuh yang dipanggil anatomi forensik, masalah kepada riwayat tubuh (antropologi forensik) dan pemeriksaan gigi (odontologi forensik).
Bagaimanapun sehingga pukul 9.30 pagi ini (10.30 pagi waktu Malaysia) Luna Maya dan Cut Tari masih belum muncul untuk menjalani pemeriksaan tersebut.Sementara itu sumber polis berkata, Ariel yang ditahan di penjara sejak semalam dilaporkan kurang sihat kerana tidak biasa berada dalam tahanan.Keadaan kesihatan Ariel itu tiba-tiba menurun selepas dia dikenal pasti sebagai suspek utama kes tersebut. Dia juga sudah diberikan pakaian sebagai tahanan penjara.
Video lucah melibatkan Ariel dan Luna Maya telah tersebar sejak beberapa bulan lalu dan ia dipercayai turut dijual secara haram di negara ini.

Terdahulu Sejumlah penunjuk perasaan di sini semalam menuntut penyanyi terkenal Indonesia, Ariel dihukum rejam sampai mati berhubung skandal klip video lucah yang turut melibatkan dua wanita mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari.Seorang jurucakap sebuah kumpulan Islam berkata, Ariel yang berumur 28 tahun dan seorang duda sepatutnya dihukum rejam sampai mati bersama Cut Tari yang merupakan seorang pengacara televisyen terkenal.

"Tubuh penzina sepatutnya ditanam separuh badan dan dibaling batu sehingga mati," kata seorang penyelaras protes itu, Fadilah Karimah.Tunjuk perasaan itu dilakukan semasa klip video itu masih boleh dilihat di Internet. Menurut perangkaan, Indonesia mempunyai kira-kira 40 juta pengguna Internet.

Apek Nak Bersara???

 KEPUTUSAN pelawak popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek untuk mengundur diri dari bidang seni tidak disambut baik anggota kumpulan Senario.
 Menurut Azlee dan Mazlan perkara tersebut merupakan satu kerugian besar kepada industri ini.
"Pelawak di Malaysia sangat berkurangan walaupun ada program untuk mencungkil bakat pelawak, namun hanya beberapa orang sahaja yang mampu bertahan dalam bidang ini."Bagi saya bakat Apek sebagai pelawak adalah luar biasa. Dia yang berjaya menjadi pelawak pertama memenangi Anugerah Bintang Paling Popular.
"Rugi sangat jika dia berundur dari dunia lawak. Dia juga mempunyai pengikut yang tersendiri, jadi saya rasa lebih baik Apek kuatkan semangat," kata Azlee.

Apek yang juga bekas anggota Senario berusia 41 tahun itu ditahan polis bersama lima rakan di rumahnya atas dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada 13 Jun lalu.Akibat insiden itu Apek yang dibebaskan dengan jaminan polis menyatakan hasrat untuk berundur seketika dari dunia seni.

Bagi Mazlan, Apek perlu mengambil iktibar dari peristiwa itu dan bangkit semula meneruskan perjuangan karyanya."Buang yang keruh dan ambil yang jernih, dia perlu ambil peristiwa itu sebagai pengajaran dan buka buku baru dalam hidupnya.

"Bukan dia sahaja yang menerima nasib begini dalam industri ini, ada artis lain yang pernah jatuh bangun terlibat dengan dadah, namun mereka tidak mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya mereka.
"Seni ini halus tidak semua mempunyai bakat seni, ia juga tidak boleh dipupuk dan belajar. Dia bertuah kerana dikurniakan bakat yang menakjubkan.

"Jadi saya rasa dia perlu gunakan bakat yang ada ini sebaiknya," katanya Mazlan yang menganggap Apek sebagai rakan yang sangat rapat dengannya.

23 Jun 2010

Baju Cinta

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya.Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

gambar hiasan la beb
"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!"

"Yang kau telanjang tu kenape!!!??? " marah si nenek.

" Ala nek, ini la BAJU CINTA saya," balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek."
Pinta si cucu dengan penuh hormat.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea .Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang sudah berumur. Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi- wanginya.Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.

Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si Atok terkejut sakan melihat si nenek (isterinya) berbogel di depan pintu.

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???" marah si Atok.

"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek.

"BAJU CINTA???.... . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!"
hiassan


Ragam Polis Trafik

membantu sesiapa saje....huhuhu

Motor trafik di china

habis minyak la...nak wat cam ner

berehat sebentar...penat sgt..mat rempit makin banyak

aku anti rasuah...hahahaha

polis merempit..

tue la merempit lagi...




bila kita mintak tanda tangan polis trafik...hahaha..saman,,

22 Jun 2010

Tembok Penjara Pudu Dirobohkan

Hanya tinggal cerita kerana tembok penjara pudu yang dikata mempunyai tembok
lukisan yang terpanjang di dunia telah dirobohkan
Selepas berdiri teguh selama 118 tahun, tembok Penjara Pudu di sini akhirnya diruntuhkan oleh para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tepat jam 10 malam 21 jun 2010
Kerja-kerja merobohkan tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 398 meter itu dijangka mengambil masa empat hari.
Peristiwa tersebut turut menarik perhatian ratusan warga kota dengan ada di antara mereka mengambil gambar kenang-kenangan sebelum tembok itu dirobohkan.
Penjara Pudu dibangunkan selama empat tahun dan siap pada 1895 manakala projek pembinaan tembok itu selesai pada 1892.
Lukisan pada tembok penjara pudu ini dikatakan adalah lukisan TERPANJANG DI DUNIA
Operasi meruntuhkan keseluruhan Penjara Pudu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu.
Selepas itu, kawasan penjara seluas 7.6 hektar itu akan dibangunkan menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) oleh Uda Holdings Berhad.
Projek itu membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion.
Ada beberapa pihak melarang tembok itu diruntuhkan kerana ia satu peningalan sejarah dan sepatutnya mwnjadi tapak warisan
Namun Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin berkata Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang boleh banggakan oleh Malaysia
Awang Adek menjelaskan bahawa kerajaan telah mengkaji perkara itu dan memutuskan bahawa Penjara Pudu bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan sebagai sebuah tapak warisan.






Sukma Malaysia melaka ditutup,Pahang bersedia


Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 melabuhkan tirai malam ini dengan pujian perlu diberikan kepada tuan rumah di atas penganjuran yang berjaya mencerminkan peningkatan imej dan pencapaian atlet. 
Selepas 33 jenis sukan dipertandingkan pada Sukma kali ini, Terengganu diumumkan sebagai juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut selepas memungut 47 emas mengatasi saingan terdekat Selangor dan Wilayah Persekutuan apabila masing-masing memperoleh 43 emas.Sebanyak 10 rekod kebangsaan dan 90 rekod kejohanan dicipta pada temasya kali ini.

Sebaik obor kejohanan dipadamkan tepat pada pukul 11.00 malam disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bermakna berakhir sudah temasya sukan selama 14 hari selain meninggalkan banyak kenangan suka dukanya.


Sistem piramid boleh didenda RM50 juta

 ISMAIL menunjukkan beberapa jenis kesalahan
pihak syarikat serta individu pada sidang media


Syarikat atau pertubuhan yang didapati bersalah mempromosi atau menjalankan skim piramid boleh dikenakan denda antara RM1 juta dan RM10 juta apabila Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 mula dikuatkuasakan.

Akta itu merupakan pindaan kepada Akta Jualan Langsung 1993 dan ia telah dikemukakan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat 

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pindaan itu memperuntukkan denda maksimum RM50 juta atau tidak kurang RM10 juta.Untuk kategori individu, pindaan itu memberi kuasa kepada pihak mahkamah mengenakan denda antara RM500,000 dan RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.Menurut pindaan itu, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pesalah boleh dikenakan denda antara RM1 juta dan RM10 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pindaan itu turut membabitkan kenaikan jumlah denda ke atas syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen.Berdasarkan pindaan itu syarikat atau pertubuhan yang disabitkan bersalah, boleh didenda sehingga RM1 juta berbanding Akta Jualan Langsung 1993 yang hanya memperuntukkan denda RM250,000.Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pesalah boleh didenda sehingga RM2 juta berbanding RM500,000 pada masa ini.
Denda bagi kategori individu atas kesalahan yang sama juga akan dinaikkan selain tempoh penjara turut dipanjangkan.